1ange

Kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur membuat keputusan mengejut apabila memecat jurulatih mereka, Ange Postecoglou, hanya 16 hari selepas beliau menghadiahkan kelab itu trofi Eropah pertama dalam tempoh lebih empat dekad. Walaupun membawa Spurs menjulang trofi Liga Europa dengan kemenangan 1-0 ke atas Manchester United di Bilbao, kejayaan itu tidak cukup untuk mengekalkan jawatannya.

Screenshot 2025 06 07 at 10.20.47 AM

Memetik laporan Sky Sport, pemecatan Postecoglou diumumkan sebagai satu “keputusan sebulat suara” oleh lembaga pengarah Spurs, yang menyatakan bahawa mereka tidak boleh terbawa-bawa oleh “emosi daripada kejayaan bersejarah” semata-mata. Realitinya, prestasi suram Tottenham dalam saingan Liga Perdana musim ini menjadi punca utama, dengan hanya 38 mata terkumpul, 22 kekalahan direkodkan, dan kedudukan ke-17 liga merupakan yang terburuk dalam sejarah kelab.

Screenshot 2025 06 07 at 10.20.55 AM

Postecoglou, yang menyertai Spurs dari Celtic pada Jun 2023, menandatangani kontrak selama empat tahun, namun kini meninggalkan kelab selepas hanya dua musim. Dalam kenyataannya selepas pemecatan, beliau meluahkan rasa bangga, menyifatkan kejayaan Eropah itu sebagai “sesuatu yang ramai tidak percaya boleh dicapai”.

Pemecatan ini juga menandakan Spurs kini sedang mencari pengurus tetap kelima mereka sejak Mauricio Pochettino meninggalkan kelab pada 2019. Menurut laporan, jurulatih Brentford, Thomas Frank kini berada di kedudukan teratas sebagai calon pengganti.

Baca: Polis Tahan 2 Individu, Peras Ugut Son Heung-min

Screenshot 2025 06 07 at 10.19.46 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.