Baru Kenal Di Media Sosial, Gadis 14 Tahun Dari Kelantan Sanggup Tunggang Motosikal Ke Kulim Sebelum Dir*gol

1 day ago 25

Sanggup menunggang motosikal dari Kelantan ke Kulim, Kedah untuk berjumpa dengan kekasih yang baru kenal dari media sosial, pertemuan remaja perempuan berumur 14 tahun itu menjadi tragis apabila dia dirogol oleh lelaki tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ketika kejadian yang berlaku pada Mac lalu, mangsa bersama rakan perempuan sebayanya menunggang motor dari Tumpat sebelum motor mereka rosak di kawasan Gerik, Perak.

Artikel berkaitan : Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Sebab Merogol

Artikel berkaitan : Kanak-kanak Orang Asli Ditemui Maut Di Kawasan Paya Dipercayai Dibunuh, Dirogol

“Kedua-duanya kemudiannya menahan kereta orang awam untuk meneruskan perjalanan ke Kulim dan mangsa bertemu lelaki terbabit yang berusia lebih 30 tahun serta bekerja sebagai buruh. Mangsa dibawa ke satu lokasi di Kulim dan dirogol.”

Tambah Mohd Yusoff, ibu bapa kepada kedua-dua gadis terbabit sebelum itu ada membuat laporan polis selepas mula menyedari kehilangan anak mereka selama empat hari.

Screenshot 2025 06 03 163927

“Selepas siasatan dijalankan, remaja terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan disahkan dirogol. Sehubungan itu suspek ditahan pihak polis untuk siasatan.”

Menurut beliau, berikutan dengan kes ini, ia telah membongkar trend yang membimbangkan apabila remaja bawah umur begitu berani merentas negeri untuk bertemu dengan kenalan di media sosial tanpa pengetahuan ibu bapa.

“Siasatan awal mendapati punca utama pengaruh ini berkait dengan kecenderungan mangsa terhadap bahan pornografi dan pengaruh negatif media sosial.”

Beliau turut menegaskan, walaupun kes itu satu kes yang kecil namun ia semakin meningkat dan memerlukan pemantauan lebih ketat daripada ibu bapa terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Kita lihat pelajar hari ini pergi sekolah dan balik sendiri, jadi ibu bapa tidak boleh lepas tangan. Pengaruh luar amat kuat, dan anak-anak semakin berani kerana kurang pengawasan.”

Bimbang betul dengan kejadian ni.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |