ft fajar noot

Mereka yang kerap menggunakan TikTok, pasti kenal dengan bintang baru dari Indonesia iaitu Fajar Noor. Lagu Putri Iklan dendangan asal ST12 yang dinyanyikan olehnya dalam versi yang lebih rancak telah menambat hati pendengar hingga ke Malaysia.

Bagaimanapun, timbul satu isu yang kurang enak di mata netizen berkenaan dengan tindakannya yang tular di media sosial. Biarpun sudah dipadam, hangat diperkatakan mengenai satu video pemenang ini bersama finalis lain, Shabrina Leanor yang juga juara untuk program itu sedang bercumbu.

Artikel berkaitan : “Khilaf saya kerana…” – Individu Rakam & Tuduh Pemandu Bas Bercumbu Mohon Maaf

Artikel berkaitan : Polis Buru 2 Lelaki Lepas Viral Video Bercumbu Dalam Surau

Dalam video tersebut, dilihat Shabrina Leanor sedang menata rias wajah Fajar Noor secara time lapse. Namun begitu ketika sedang melakukan solekan kepada Fajar, dilihat mereka berdua sempat berciuman di bibir.

Screenshot 2025 06 05 164137 Screenshot 2025 06 05 164203 Screenshot 2025 06 05 164222

Video yang dikongsikan semula oleh pengguna lain itu tular dan menjadi buah mulut peminat-peminat di negara jiran. Ia sekaligus mengundang kecaman orang ramai dan peminat kecewa melihat perbuatan mereka ini.

Screenshot 2025 06 05 163835 Screenshot 2025 06 05 163852 Screenshot 2025 06 05 163911

Alahai sayangnya, baru je setahun jagung dah buat kontroversi, tak apa lah, harap kena lebih peka kalau nak buat sebarang perkongsian dan jaga diri.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.