Nama pakar lasik terkenal, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad kembali menjadi bualan netizen susulan tular kenyataannya berkenaan isu anak.
Netizen mempersoalkan kenyataan tular yang diterbitkan dalam sebuah portal pada tahun 2018, ‘dosa (ibu bapa) yang tidak diampunkan punca anak tidak ‘menjadi’.
Kenyataan terbabit mengundang pelbagai reaksi netizen yang tidak setuju dengan pandangan sebegitu, apatah lagi dikatakan oleh seorang pakar motivasi yang cukup terkenal dengan ceramah berkaitan isu kekeluargaan dalam perspektif Islam.
Artikel berkaitan: “Saya pun berhibur tapi di rumah je” – Prof Muhaya Anggap Konsert Artis Antarabangsa Di Malaysia Sia-sia
Artikel berkaitan: “Ada akademik tinggi dapat apa masa PKP?” – Prof Muhaya Dikecam Netizen Lagi, Persoal Isu Akademik & Kerjaya Wanita
“Artikel itu mungkin disalah erti”
Susulan kenyataan itu menjadi bualan hangat di media sosial, Prof Muhaya tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.
Katanya, artikel berkenaan mungkin telah disalah erti oleh sesetengah pihak namun beliau tetap menerima teguran itu.
“Konteks di dalam artikel tersebut, Bonda menyeru agar ibu bapa bertaubat kerana kita adalah insan yang berdosa dan tanpa sedar, kita mungkin menjadi contoh yang kurang baik kepada minda anak-anak sehingga membentuk jati diri mereka.
“Minda bawah sedar mempengaruhi 95% kehidupan kita. Sebagai ibu bapa, kita adalah insan yang paling dekat dengan anak-anak. Oleh itu, taubat mesti menjadi agenda utama kita dalam membesarkan anak-anak.”
Jelas Prof Muhaya, beliau berharap orang ramai membaca keseluruhan konteks dalam artikel terbabit tentang perkara yang disampaikan.
“Kita semua sedang belajar. Tiada siapa yang sempurna, tapi yang mulia ialah yang sudi memperbaiki kefahaman dengan kasih sayang,” ujarnya lagi.
Prof pun dah beri penjelasan. Sama-sama kita ambil pengajaran tentang isu ini.
Sumber: Instagram