ft ammar nazhan mahkamah

YouTuber Ammar Nazhan dilihat sekali lagi terpalit dengan kontroversi, kali ini dia berdepan dengan pertuduhan melakukan gaduh gempar dalam satu perlawanan tinju, Selasa lalu.

Tertuduh, Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 29, dan seorang lagi pempengaruh, Muhammad Hafizul Haiman, 23, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Artikel berkaitan : “Tak dapat bayaran” – Ammar Nazhan Akui Polis & Tentera Dalam ‘Content’ Di Indonesia Hanya Berlakon?

Artikel berkaitan : “Jaga sensitiviti” – Ammar Nazhan Pertahan Kejadian Influencer Bukan Dibuat-buat!

Dalam pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa melakukan pergaduhan gaduh gempar di sebuah restoran di sebuah pusat beli belah yang terletak di Bukit Jalil pada jam 10.15 malam, 25 Februari lalu.

Disebabkan itu, mereka telah didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah seksyen yang sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya. Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Hench Goh menawarkan jaminan RM 3,000 bagi setiap tertuduh.

Screenshot 2025 03 05 134017

Namun begitu, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh iaitu K Ramalingam memohon jaminan minimum berikutan anak guamnya yang bekerja sebagai pencipta kandungan hanya berpendapatan RM2,000 sebulan.

“Kedua-dua anak guam tidak berkahwin, tetapi menjaga ibu bapa yang sudah tua. Mohon mahkamah memberikan bon jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh.”

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Aina Azahra membenarkan jaminan RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 April untuk sebutan kes.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.