Bintang Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo Ghazali meluahkan kekecewaanya terhadap segelintir netizen yang mengecamnya susulan tewas kepada petarung Colombia-Amerika, Diego Paez di ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, pada Sabtu.
Menerusi perkongsian terbaharunya di Instagram, Jojo menyelar sikap segelintir rakyat Malaysia yang hanya memberi pujian ketika dirinya meraih kemenangan tetapi mengecamnya apabila berlaku kekalahan dalam usaha mengharumkan nama negara.
Kata Jojo atau nama penuhnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, disebabkan pemikiran kolot seperti itu ia membuatkan Malaysia menjadi mundur.
Artikel berkaitan: “Mak dia nangis weh” – Johan Ghazali Hadiahkan Ibu Jam Tangan Mewah Buat Netizen Terharu
Artikel berkaitan: “Lain kali aku training dengan korang je” – Ramai ‘Coach Socmed’ Kritik, Jojo Ghazali Beri Respon
“Kepada pembenci aku yang dari Malaysia, sebab koranglah negara kita tak boleh sampai ke tahap seterusnya.
“Korang jangan haraplah nak buat aku koyak dengan komen-komen korang, tapi aku malu, malu dengan mentaliti sampah orang aku sendiri,” ujarnya.
Menurutnya, walaupun dia berumur 18 tahun, sudah banyak pengorbanan yang dilakukan demi mengharumkan nama negara.
Dia turut menjelaskan segala kos latihan ditanggung sendiri demi memastikan dirinya bersedia untuk setiap perlawanan yang mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.
“Aku umur 18 mengorbankan nyawa aku atas gelanggang demi mengangkat nama negara, pagi tadi aku bangun kaki sakit tak dapat nak jalan, kepala sakit. Modal aku sendiri pun keluar nak pastikan preparation (persiapan) aku tip top, tapi untuk apa?”
“Masa aku dekat atas bukan main, masa aku jatuh… keluar perangai sebenar rakyat kita.”
Terkesan dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia, Jojo berkata dia akan mula untuk memberikan perhatian penuh kepada mereka yang menyokongnya sahaja.
Sumber: Instagram