Ketika ini, nama pelawak Shuk Sahar menjadi sebutan ramai dek kerana pendedahan isterinya, Fara Salleh yang mendakwa pelawak itu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan tidak mengambil tahu keadaan bayi di dalam kandungan.
Pun begitu, menerusi Kosmo!, Shuk atau nama penuhnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 38, menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali menjaja kisah rumah tangganya dengan isteri di media sosial.
Tambah Shuk lagi, dia pada masa yang sama tetap mengharapkan doa daripada orang ramai agar isu rumah tangganya ini berakhir dengan baik.
Doakan yang baik-baik. Walaupun kalian dengar cerita yang bukan-bukan, saya tetap harapkan perkara yang baik berlaku buat saya dan Fara.
“Harap kalian juga dapat doakan Fara dan anak dalam kandungan baik-baik sahaja.
“Saya tak mahu bercerita hal peribadi dalam media sosial sebab nak betul-betul fokus dengan bisnes sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya.
Artikel berkaitan: “Isteri itu beban, kawan-kawan punca rezeki” – Fara Salleh Kongsi Kata-kata Daripada Shuk Sahar?
Artikel berkaitan: “Sampai nak balik naik bas” – Rakan Shuk Sahar ‘Expose’ Fara Salleh Pernah Buat Kecoh Di Singapura?
Shuk kini dilabel lelaki ‘redflag’?
Shuk juga mengakui tidak mahu memburuk-burukkan nama pasangannya kepada orang lain.
Saya tak akan burukkan pasangan sebab pernah hidup bersama dengan individu itu sebelum ini.
“Jadi, kalau kita burukkan orang lain, satu hari nanti orang lain akan lakukan perkara sama pada kita pula.
“Semua cerita peribadi itu akan saya uruskan sendiri. Saya memang tak suka kongsi hal peribadi sejak dulu lagi,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelawak ini juga sempat berseloroh dia antara selebriti lelaki yang dijadikan contoh buruk dan tak sepatutnya dijadikan sebagai suami.
Aku ini dah di tahap lelaki yang dilabel sebagai ‘redflag’.
“Aku akan dijadikan contoh, bila nak kahwin, mak-mak akan cakap jangan cari menantu macam Shuk,” katanya.
Sumber: Kosmo!