5fr

Aktivis dan pelukis satira terkenal, Fahmi Reza sekali lagi menjadi mangsa sekatan, kali ini bukan hanya negeri, tapi sempadan negara. Semalam, beliau dilarang meninggalkan Malaysia ketika cuba menaiki penerbangan ke Singapura, dalam insiden yang dilihat semakin mencerminkan tekanan terhadap suara seni yang kritikal.

Memetik laporan Malay Mail, Fahmi berkongsi di media sosial bahawa beliau tiba di KLIA2 sekitar jam 7.30 pagi untuk menaiki penerbangan jam 9.35 pagi ke Singapura untuk menghadiri konsert band Korea Selatan, Slant, dan kumpulan punk Singapura, Sial. Namun, hasratnya itu bertukar menjadi satu lagi episod drama birokrasi.

Screenshot 2025 06 08 at 10.53.01 AM

Ketika melalui kaunter pelepasan antarabangsa, Fahmi dihentikan pegawai Imigresen yang memaklumkan beliau telah “ditandakan” dan diarahkan ke pejabat mereka. Di sana, pasport dan MyKad beliau difotokopi, dan pegawai turut meminta cetakan fizikal tiket dan boarding pass, walaupun sudah ada salinan digital.

Dalam keadaan kelam-kabut, seorang staf lapangan terbang membantu mencetak dokumen berkenaan di sebuah hotel berhampiran. Tetapi ketika kembali, mesej dari pegawai Imigresen amat jelas: “Bukit Aman tidak memberikan kebenaran untuk awak keluar negara.”

Tanpa sebarang justifikasi bertulis, Fahmi diiring keluar dari kawasan pelepasan antarabangsa.

Minggu lepas, Sabah halau saya. Minggu ini, negara sendiri halang saya keluar”

Ini bukan kali pertama Fahmi disekat. Dua minggu lalu, pada 29 Mei, beliau dihalang masuk ke Sabah dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur tanpa penjelasan.

Baca: Baru Tiba Di ‘Airport’, Fahmi Reza Dakwa Kena Halang Masuk Sabah

Screenshot 2025 06 08 at 10.52.40 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.