saksi kemalangan bas upsi

Pagi ini kita dikejutkan dengan satu insiden menyayat hati, kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik.

Seorang saksi kemalangan yang mengorbankan 15 pelajar UPSI berkongsi keadaan ketika nahas berlaku pada awal pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, saksi yang dikenali sebagai Razali, 45, memberitahu ada mangsa yang menangis, meraung minta tolong malah ada yang mengajar rakan mengucap walaupun tahu rakannya sudah meninggal dunia.

Artikel berkaitan: Perdana Menteri Arahkan KPT Salur Bantuan Kepada Keluarga Mangsa Nahas Bas Pelajar UPSI

Artikel berkaitan: Nahas Bas Pelajar UPSI: Mangsa Keluar Sendiri Selamatkan Diri, Ada Yang Terc*mpak

Gs9lQVbbIAAiKyv

Dia yang tinggal di Jeli bergegas ke lokasi kejadian sebaik mengetahui kemalangan yang berlaku kerana pada awalnya menyangka lokasi kejadian dalam kawasan Kelantan.

“Saya tiba di lokasi sekitar jam 1.50 pagi dan ketika itu anggota bomba dan ambulans sudah sampai. Sangat menyedihkan melihat kejadian di depan mata.

“Ada yang tersepit, ada yang menangis meminta tolong kerana sakit, ada yang tidak putus asa mengajar rakan mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka tahu rakannya sudah meninggal dunia.

“Jasad mangsa yang meninggal dunia disusun, manakala pasukan perubatan berusaha memberi bantuan kepada mangsa yang cedera,” katanya.

Katanya lagi, ada mangsa yang tersepit sehingga anggota bomba terpaksa memotong bas untuk mengeluarkan mangsa.

Setakat ini bilangan mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu kekal seramai 15 orang terdiri daripada lima lelaki dan 10 perempuan.

Manakala seramai 33 pelajar lain dilaporkan cedera dan sedang menerima rawatan di dua buah hospital di Perak dan Kedah.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.