“Ada nampak duduk dalam longkang, rupanya dah meningg*l” – Mangsa Terselamat Nahas Bas UPSI

22 hours ago 10

Salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli awal pagi tadi menceritakan detik hitam yang dialaminya ketika insiden berlaku.

Aleeya Maisarah Azizzani yang juga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, dia ternampak mangsa lain meronta-ronta dan ada yang tersepit, namun secara tiba-tiba sahaja mereka mendiam. Pada waktu itulah, dia tahu bahawa mereka sudah tiada.

Artikel berkaitan : Nahas Bas Pelajar UPSI: Penumpang Dakwa Bas Bau Hangit, Gerak Laju & Terhuyung-hayang

Artikel berkaitan : Perdana Menteri Arahkan KPT Salur Bantuan Kepada Keluarga Mangsa Nahas Bas Pelajar UPSI

“Saya nampak mereka meronta-ronta, ada yang tersepit dan ada yang tiba-tiba senyap. Waktu itu saya tahu, mereka sudah tiada”.

Ketika kejadian, dia masih berjaga dan menyedari bas yang dinaiki mula hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri dan melanggar pembahagi jalan.

“Saya perasan bas macam tak stabil masa masuk selekoh. Tiba-tiba bas jatuh ke kiri dan kena pembahagi jalan.”

“Saya duduk di belakang, jadi saya tak nampak sangat keadaan depan, lepas itu baru saya tahu ada Perodua Alza biru turut terbabit.”

Screenshot 2025 06 09 144552

Aleeya turut menyifatkan situasi pada ketika itu sangat kelam kabut dan menyedihkan apabila ramai penumpang yang cedera parah dan menjerit meminta tolong. Namun, dia tidak mampu untuk membantu kerana mengalami kesakitan.

“Saya tak mampu nak bantu sangat sebab belakang saya sakit teruk.”

Aleeya yang mengalami benjolan di kepala dan kakinya terseliuh telah mengimbas semula detik cemas itu, katanya suasana di dalam bas agak gelap tetapi dia masih mampu melihat rakan-rakan yang cedera parah termasuklah yang tersepit serta tidak sedarkan diri.

“Ada yang terperangkap dan meronta. Ada juga yang saya nampak duduk dalam longkang… rupa-rupanya dah meninggal.”

“Dari awal lagi, bila bas masuk lopak, saya dah rasa tak sedap hati.”

Kemalangan membabitkan bas persiaran yang membawa 44 individu, termasuk 42 pelajar UPSI itu, mengorbankan 15 nyawa, yang mana 13 maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |