Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice baru-baru ini ada membuat satu pendedahan yang telah mendatangkan kebimbangan orang ramai terutamanya kepada golongan ibu bapa.
Ini kerana pendedahan tersebut boleh mengancam keselamatan anak-anak mereka dan remaja yang masih lagi di bangku sekolah. Dalam hantarannya di Instagram, Caprice mendedahkan terdapat satu komuniti di Facebook yang khusus menggunakan gambar pelajar sekolah di bawah umur sebagai tatapan untuk dijadikan bahan lucah mereka.
Artikel berkaitan : Posting Caprice Berkenaan Artis Terkenal Terlibat Kes Amang Seksual Tarik Perhatian Netizen, Ramai Mula Berteka-teki
Artikel berkaitan : Kes Pempengaruh Hilang, Caprice Harap Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Jika Ia ‘Fake’ Semata-mata
Lebih menggerunkan lagi, terdapat lebih 11,000 ahli yang ada di dalam group tersebut, Caprice juga ada menayangkan komen-komen tak senonoh yang diberikan pada gambar pelajar sekolah yang dikongsikan ahli grup tersebut.
Susulan pendedahan itu, ahli grup berkenaan dikatakan mula menyedari yang grup tersebut sudah disebarkan Caprice.
Dalam satu lagi hantaran Caprice, dia meminta agar admin grup tersebut untuk serah diri ke balai polis dalam masa 48 jam.
“Admin serah diri dekat balai dalam masa 48 hours, cap tak expose muka2 members dalam group tu termasuk lah muka admin. Ingat kita tak boleh trace kettew…. “
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen termasuklah rakan artis terkejut dan gerun apabila melihat pendedahan tersebut dan rata-rata sokong tindakan Caprice untuk mendedahkan dalang di sebalik kegiatan ini.
Apapun, kita tunggu perkongsian lanjut mengenai hal ini daripada Caprice
Sumber : Instagram