abang wiring guru sekolah mengaku bersalah berzina

Minggu ini, kecoh dengan kisah skandal lelaki yang digelar Abang ‘Wiring’ dan guru wanita yang mengejutkan warganet di media sosial.

Terbaharu, kedua-dua mereka telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas kesalahan cubaan melakukan zina.

Menurut laporan Harian Metro, kedua-dua tertuduh yang berusia 31 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 yang melibatkan perbuatan tidak bermoral.

Artikel berkaitan: “Saya mengaku salah & silap saya” – Abang ‘Wiring’ Mohon Jangan Heret Isteri & Anak Kalau Nak Mengecam

Artikel berkaitan: Panas Isu Skandal ‘CCTV & Wiring’, Peguam Tegur Tindakan Isteri Tularkan Mesej Whatsapp

IMG 20250530 WA0115

Kesalahan itu berlaku pada 28 Februari lalu dan mereka kini dijatuhi hukuman denda sebanyak RM5,000 setiap seorang. Jika gagal membayar denda, kedua-duanya boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun.

Dalam laporan Kosmo!, lelaki itu turut menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab ke atas wanita terbabit yang merupakan ibu tunggal.

Terdahulu, kes ini menjadi bualan ramai kerana ia melibatkan individu yang bekerja sebagai seorang pendidik yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

Difahamkan, masing-masing telah mempunyai pasangan dan guru berkenaan difahamkan masih lagi dalam tempoh iddah selepas bercerai dengan bekas suami.

Sumber: Harian Metro, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.