1belon

Tragedi menyayat hati melanda kawasan pelancongan popular di selatan Brazil apabila sebuah belon udara panas terbakar di ruang udara pantai Praia Grande, mengorbankan sekurang-kurangnya lapan nyawa daripada 21 penumpang yang berada di dalamnya.

Menurut Gabenor Santa Catarina, Jorginho Mello, seramai 13 penumpang berjaya diselamatkan, namun masih belum diketahui keadaan sebenar mereka kerana sebahagian besar dirawat di hospital berdekatan.

Screenshot 2025 06 22 at 10.50.29 AM

Memetik laporan Harian Metro, rakaman video kejadian yang tular di media sosial memaparkan detik cemas apabila belon udara itu mula terbakar ketika berada di udara sebelum terjunam puluhan meter ke tanah. Cuaca dilaporkan cerah pada waktu kejadian, menjadikan insiden ini lebih mengejutkan bagi ramai yang menyaksikannya.

Menurut pihak berkuasa, api dipercayai tercetus akibat masalah pada penyumpit gas (blowtorch) yang digunakan untuk mengawal belon. Juruterbang belon berusaha melakukan pendaratan kecemasan dan sempat mengarahkan penumpang untuk melompat keluar sebaik belon mendarat, namun sebahagian gagal berbuat demikian sebelum api marak dengan cepat.

Screenshot 2025 06 22 at 10.49.39 AM

Kejadian ini mencetuskan kebimbangan tentang tahap keselamatan aktiviti belon udara panas di Praia Grande, yang selama ini menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi yang meragut nyawa ini.

Baca: Serpihan Pesawat Melayang Di Udara, 5 Sekeluarga Pelancong M*ut Dalam Nahas Helikopter Di New York

Screenshot 2025 06 22 at 10.51.06 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.