2 Lelaki M*ti Ditemb*k Depan Pusat Beli-belah Di Cheras, Polis Sedang Kumpul Maklumat Kenal Pasti Suspek

10 hours ago 6

Satu lagi serangan menggunakan senjata api berlaku di ibu negara dan kali ini dekat sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, pada tengah malam semalam.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12.15 malam, dua orang mangsa dilaporkan maut ditembak oleh sekumpulan suspek di hadapan lobi kompleks beli-belah tersebut.

Ketika kejadian itu berlaku, kedua-dua mangsa difahamkan sedang menuju ke arah kereta yang diletakkan di pekarangan pusat beli-belah itu.

Menurut saksi, sekumpulan lelaki yang memakai topi keledar secara tiba-tiba berlari ke arah kedua-dua mangsa dan kemudian melepaskan beberapa das tembakan.

Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sehingga kedua-dua mereka terbaring berlumuran darah,” katanya.

viva tembak3 1750118436

Artikel berkaitan: 2 Cedera Manakala Seorang Lagi Maut Dalam Kes Tembak*n di Sebuah Restoran Di Brickfields Malam Tadi

Artikel berkaitan: Kes Tembak*n Setia Alam: Polis Berjaya Kenal Pasti Suspek, Kini Sedang Diburu

Kumpulan lelaki berkenaan yang dilaporkan bersenjatakan pistol kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza.

Kedua-dua mangsa itu yang ditembak pada bahagian badan dan kepala disahkan mati di tempat kejadian,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pihak media di lokasi mendapati mayat kedua-dua mangsa terbaring dalam jarak lima meter di hadapan kenderaan mereka.

Sepasukan polis di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dengan dibantu Unit Forensik Polis juga dilihat menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Berdasarkan maklumat, kedua-dua mangsa dilaporkan berasal dari Sibu, Sarawak dan berusia dalam lingkungan 40-an.

Polis sedang kumpul maklumat suspek 

Pada masa yang sama, Polis Kontinjen Kuala Lumpur kini difahamkan sedang mengumpul maklumat daripada saksi kejadian serta rakaman litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Ada (insiden berlaku), kenyataan media akan menyusul,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

tembakan viva 1750118446

Terdahulu, pada Jumaat lalu, seorang lelaki tempatan dilaporkan maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas ditembak seorang daripada dua lelaki yang menaiki motosikal.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10.20 malam, mangsa yang mati bersama rakannya dikatakan sedang minum di sebuah restoran dekat Jalan Tun Sambathan, Brickfields sebelum didatangi suspek yang bersenjatakan pistol.

Setakat ini, polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenai pasti suspek dan motif kejadian yang berlaku.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |