Seorang wanita berusia 21 tahun dan seluruh keluarganya kini diganggu oleh Ah Long selepas bapa kandungnya, yang sudah tidak berhubung selama 11 tahun telah memberikan maklumatnya kepada Ah Long itu kerana dia enggan membayar balik pinjamannya.
Berikutan itu, peminjam tersebut didakwa telah mencuri foto wanita berusia 21 tahun daripada media sosial dan sebarkan menerusi dalam talian dengan kapsyen yang menggambarkan seperti dia menawarkan perkhidmatan seks.
Artikel berkaitan : Bomba Selamatkan Kanak-Kanak 9 Tahun Yang Dihanyutkan Arus Deras Sebuah Longkang Ketika Cuba Ambil Bola
Artikel berkaitan : Bapa Terkilan Anak &vMenantu ‘Lesap’, Terpaksa Tanggung Hutang Ah Long RM 200K
Menurut laporan China Press, wanita tersebut bersama bapa tirinya mengadakan sidang media dengan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk menjelaskan secara terperinci mengenai situasi mereka.
Bapa tiri itu berkongsi bahawa isterinya telah bercerai dengan suami lama pada 2014 dan mereka tidak berhubung dengannya sejak itu.
Setelah meminjam wang, bapa kandung itu dilihat seperti cuba untuk ‘lepas tangan’ dengan cara berikan maklumat anak perempuannya itu.
Berikutan itu, ada 2 kumpulan penjenayah mula ‘memburu’ mereka sekeluarga sejak Februari tahun ini, wanita tersebut dimaklumkan bahawa bapa kandungnya itu masing-masing berhutang RM4,000 dan RM5,000.
Difahamkan, Ah Long menghubungi wanita itu dengan menghantar gambar dadah bersama ugutan mereka akan bawa dadah tersebut ke rumah mereka jika tidak membayar hutang tersebut. Bahkan mereka juga menggunakan foto wanita ini dengan mengambil dari media sosial dan menyunting gambar tersebut dijadikan poster yang mempromosikan dia seorang seolah-olah pekerja seks.
“Pada masa sama, anak tiri saya turut menerima gambar daripada peminjam. Gambar-gambar itu diambil dari media sosial anak tiri saya dan kemudian disunting dengan berniat jahat, ditambah perkataan yang membayangkan bahawa anak tiri saya menyediakan perkhidmatan seks.”
Disebabkan ugutan sebegitu, wanita tersebut menerima banyak panggilan daripada individu yang tak dikenali.
Sejak itu, mereka menyiarkan pengumuman dalam akhbar mengumumkan bahawa mereka telah putus hubungan dengan bapa kandung itu dengan harapan bahawa pemberi pinjaman akan berhenti mengganggu mereka.
Sumber : WORLD OF BUZZ, China Press