Desas-desus mengenai pelakon Azlan Komeng akan berkahwin lagi akhirnya terjawab apabila isterinya Nur Nilam Ortiz mengesahkan perkara itu.
Nur Nilam menyatakan dia mengizinkan Azlan berkahwin lagi kerana menghormati dan menyayangi suaminya.
“Ya betul, Azlan akan berkahwin lagi dan saya sudah bagi ‘green light’ sebab dia nak, saya nak buat macam mana.
“Semua orang cakap ia sekadar ‘content’, tapi tidak. Saya sudah bertemu wanita ini, minggu lalu. Tapi, sekarang Azlan tak beri kata putus, saya ada bertanya, tapi dia mengelak.”
Artikel berkaitan: “Saya mungkin lumpuh, boleh bawa haluan masing-masing kalau nak”- Luahan Hati Azlan Komeng Buat Isteri Sebak
Nur Nilam memaklumkan wanita yang bakal menjadi isteri kedua Azlan mahu dia datang meminang dalam bulan puasa dan bernikah pada Hari Raya Aidilfitri.
“Wanita ini bertegas nak berkahwin dengan Azlan. Tapi, Azlan belum beri kata putus. Kalau Azlan setuju, saya boleh pergi meminang, tapi hari nikah saya tiadalah,” katanya.
Menurutnya lagi, Azlan ada berjanji mahu berlaku adil dan mengendalikan soal rumah tangga dengan tenang.
“Ramai suruh bercerai, tapi saya masih sayangkan Azlan. Jadi, saya hanya mampu berdoa mungkin Ramadan ini Allah makbulkan doa saya. Insya-Allah, ada ganjaran sebalik ujian ini.
“Kalau keputusan Azlan mahu berkahwin juga, saya kena reda. Saya pun tak tahu bagaimana sekarang sebab saya memang sibuk berniaga. Saya tak mahu ada tekanan perasaan,” katanya.
@puan_nilamortizHati ada sedikit perit macam tersedak makanan, doakan ye korang
♬ original sound – puan nilam ortiz – puan nilam ortiz
Terdahulu, perkongsian Nur Nilam menimbulkan tanda tanya netizen apabila dia seperti memberi bayangan bakal dimadukan kerana suaminya dalam perancangan untuk mengahwini wanita lain.
Dia turut menitipkan pesanan kepada kaum hawa agar mencari lelaki yang menyayangi mereka lebih daripada diri sendiri.
Sumber: Berita Harian