Sebuah bas ekspres rosak dan ranap pada bahagian bumbung kenderaan tersebut selepas bas berkenaan yang membawa 19 penumpang itu terlanggar palang had ketinggian.
Menurut laporan Sinar Harian, ketika kejadian, bas ekspres itu sedang dalam perjalanan ke Melaka dari Kajang.
Kejadian tersebut yang berlaku di Jalan Arab Malaysian menghala ke Bukit Mahkota telah menyebabkan tujuh orang mengalami cedera ringan termasuk pemandu bas.
Artikel berkaitan: Nahas UPSI: Lukisan Allahyarham Mustaqim Seakan Beri Gambaran Kemalangan
Artikel berkaitan: JPJ Wajibkan Penumpang Bas Ekspres & Persiaran Untuk pakai Tali Pinggang Keledar Berkuatkuasa Selasa Ini
Kejadian tersebut dilaporkan telah berlaku pada malam tadi.
Mangsa-mangsa yang cedera ringan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan di zon hijau hospital tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian