lng bintulu

Heboh sejak malam tadi apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan kawalan keselamatan diperketatkan di semua fasiliti gas asli cecair (LNG) di Bintulu, Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu kakitangan Petronas ada menerima mesej berbaur ugutan menerusi SMS daripada nombor telefon Indonesia.

Menurut Fadillah, mesej berkenaan dihantar kepada kakitangan Petronas dari ibu pejabat syarikat itu. Penghantar meminta maklum balas berhubung sesuatu perkara, namun apabila tidak dibalas, ugutan membakar fasiliti LNG dibuat.

Artikel berkaitan: Ceroboh Pelantar Minyak Di Perairan Terengganu, 7 Lelaki Indonesia Ditahan Maritim Malaysia

Artikel berkaitan: Sebelum Ini Pesawat Tentera, Kini Kapal China Pula Dikesan Di Perairan Malaysia Di Miri

“Saya dimaklumkan bahawa ada yang menerima SMS ugutan yang menggunakan nombor telefon Indonesia.

“Tapi siapa? Polis masih membuat siasatan. Jadi sebagai langkah jaga-jaga, MKN telah mengeluarkan untuk meningkatkan dari segi kawalan keselamatan.

“Kita tidak tahu sama ada akan berlaku di LNG di Bintulu, Sarawak ataupun di Sabah. Sebab mereka mengatakan hanya konteks LNG,” katanya.

On shore Plant Facility at Bintu

Jelasnya, polis kini sedang menyiasat dan menegaskan kerajaan memandang serius ugutan berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan aspek keselamatan sektor tenaga negara.

Sekadar info, Bintulu merupakan lokasi strategik bagi pengeluaran dan eksport LNG Malaysia. Ancaman keselamatan terhadap fasiliti di kawasan ini memberi kesan besar bukan sahaja kepada negara, malah pasaran tenaga global.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.