Tindakan seorang lelaki telah mengundang kemarahan netizen kerana dianggap tidak mengendahkan garis panduan dan sensitiviti dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya umat Islam.
Menerusi perkongsian di Threads, lelaki tersebut didakwa dengan selamba masuk ke dalam sebuah restoran nasi ayam terkenal yang mempunyai sijil halal sambil membawa bir, lebih teruk lagi dia dikatakan siap meminta pekerja gelas dan selamba menuangnya sebelum minum di dalam restoran itu.
Artikel berkaitan : Restoran Chef Gordon Ramsay Bakal Dibuka Sabtu Ini di Sunway Resort, Ramai Tanya Status Halal
Artikel berkaitan : “Kami halalkan cukai kami bayar” – Reaksi Gembira Bapa Dapat Beli ‘Corndog’ Kerana MySara Bikin Netizen Sebak
Dah ditegur siap marah staff!
Menurut pemilik foto ini, pekerja di kedai makan itu telahpun menegur lelaki berkenaan, difahamkan pekerja itu cakap dengan baik dan sopan kepada lelaki tersebut namun dia dimarahi. Malah pihak sekuriti juga telah datang ke tempat lelaki tersebut untuk memberi teguran kepadanya namun dia membalas dengan memberikan alasan ‘Satu Malaysia’.
“Staff memang ada datang tegur, and cakap elok elok, lepas tu dia marah staff tu. Staff tu siap panggil security lagi. Security datang and inform that guy jugak. But dia degil ya, siap marah lagi. Then keep cakap “kita satu Malaysia” . Staff situ dah buang gelas tu.”
Status halal boleh tercemar – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang anggap tindakan lelaki ini agak melampau dah perkara ini perlu diambil serius.
Ada yang menyatakan tindakan lelaki tersebut boleh mengganggu status halal yang ada pada restoran tersebut selain ramai yang meminta agar lelaki tersebut dikenakan tindakan yang setimpal.
Sumber : Threads