Peguam Bangkitkan Isu Kesan Darah Pada Nota Yang Ditulis Zara Qairina

7 hours ago 5

Pihak berkepentingan, peguam Datuk Ram Singh membangkitkan isu berkaitan nota yang ditulis Allahyarham Zara Qairina apabila terdapat kesan kotoran yang dipercayai darah pada bahan kes itu ketika dipaparkan pada sesi prosiding hari ketiga di Mahkamah Koroner semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Ram Singh yang mewakili seorang remaja tertuduh dalam kes ini bertanya mengenai hal itu dalam sesi soal jawab dengan saksi kedua inkues, Pemeriksa Dokumen di Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Petaling Jaya, Nurul Atiqah Mohd Noh, 44.

Artikel berkaitan: “Milik Zara atau bukan” – 21 Dokumen Bertulisan Tangan Diserah Kepada Jabatan Kimia

Artikel berkaitan: Inkues Zara Qairina: Ada Tulisan Tangan Dalam Buku Dipercayai Bukan Ditulis Arwah

Ram: Bila anda melihat terdapat kesan darah, adakah anda bercadang untuk menghantarnya ke Jabatan Kimia untuk dianalisis?

Nurul Atiqah: Dokumen ‘Y8’ memang dihantar ke DNA forensik terlebih dahulu, kemudian dihantar kepada saya.

Ram: Jika anda lihat salinan asal pada helaian ‘Y9’, adakah anda perasan terdapat kesan darah?

Nurul Atiqah: Tidak jelas.

Ram: Ada kesan darah?

Nurul Atiqah: Saya tidak pasti.

Dalam prosiding itu, keterangan saksi hanya tertumpu kepada pengecaman tulisan Zara Qairina, bukan kepada kesan darah yang terdapat pada helaian kertas berkenaan.

Selain itu, beberapa perenggan tulisan Zara Qairina yang menyuarakan ketidakpuasan hati kepada ibunya turut dibacakan Ram, dan saksi mengesahkan ia sememangnya tulisan Zara Qairina kerana mempunyai ciri sama dengan tulisan arwah yang terdapat pada buku bertulis namanya.

Peguam ibu Zara Qairina lantik pakar tulisan tangan lain

Sementara itu, pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina akan membawa pemeriksa dokumen sendiri bagi mendapatkan pandangan kedua berhubung barang bukti tulisan tangan yang dikemukakan dalam prosiding inkuesn semalam.

Menurut peguam Rizwandena M Borhan, setakat ini belum ada keputusan bahawa tulisan pada helaian kertas atau buku berkenaan dibuat oleh mana-mana pihak yang dikenali atau oleh Allahyarhamah Zara Qairina sendiri.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |