syaz ft 2025 09 09T113713.356

Semalam, pengumuman pernikahan daripada pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman mengejutkan ramai di mana mereka mengesahkan akan bernikah pada Ahad ini.

Amira menyifatkan bakal suaminya itu seorang yang baik, namun dalam masa sama berharap suaminya itu kelak mampu bertolak ansur dan bertoleransi dalam melayari alam rumah tangga.

Artikel berkaitan: “Rakan sekerja ke rakan serumah” –  Amira Othman & Fattah Amin Bakal Bernikah!

Artikel berkaitan:  “Rakan sekerja tapi tahu password phone” – Amira Othman Kantoi Tahu ‘Password’ Telefon Fattah Amin Ketika Siaran ‘Live’?

Pelantun lagu Hati-hati itu berkongsi meskipun mereka belum lagi disatukan, dia percaya sikap saling berbincang tanpa emosi adalah kunci keharmonian.

“Bagi saya, Fattah memang seorang lelaki yang baik, seorang anak yang baik. Saya belum berada dalam fasa perkahwinan, jadi tak mahu cakap lebih-lebih kerana bimbang orang salah anggap.

Tapi saya yakin, jika dia seorang yang baik, apa saja boleh dibawa berbincang. Maksudnya, tiada marah-marah, tiada perkara yang boleh merosakkan hubungan.

Saya perlukan pasangan yang baik, yang boleh bertoleransi. Saya tak tahu bagaimana takdir saya, tetapi saya mengharapkan yang terbaik untuk diri saya dan semua,” katanya.

Amira dan Fattah dalam majlis pelancaran lagu Amira dan adiknya, Irfan Haris turut mengumumkan tarikh penyatuan mereka, sekali gus menamatkan spekulasi hubungan yang hangat diperkatakan sejak hujung tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.