ft pelikat

Satu perkongsian daripada seorang pempengaruh fesyen dari luar negara telah menangkap perhatian netizen Malaysia dan difahamkan netizen Indonesia pun turut terjebak sama.

Jika diperhatikan menerusi profil TikTok pempengaruh yang dikenali sebagai Julia Wears itu, dia menunjukkan pakaian-pakaian ready to wear (RTW) daripada jenama-jenama terkenal seluruh dunia.

Namun, mata netizen Malaysia lebih tertumpu kepada satu video skirt yang wanita ini pakai, yang mana mereka menganggap ia boleh didapati di negara ini dengan mudah dan harga yang sangat berpatutan.

Artikel berkaitan : Warga Emas Maut Dijerut Dengan Kain Pelikat Lepas Disamun, 2 Lelaki Ditahan

Artikel berkaitan : Pakai Kain Pelikat & Berkopiah, Ini Cara Madura United FC Lancar Jersi Baharu Pasukan

“Saya suggest brand Gajah Duduk kak” – Netizen

Dalam video yang berdurasi 7 saat itu, wanita tersebut memperagakan skirt labuh plaid pattern (corak petak-petak) yang berwarna coklat berjalur putih di hadapan cermin dan ia merupakan jenama terkenal dari negara luar. Video tersebut telah meraih 2.2 juta jumlah tontonan dalam masa sehari.

@juliawears3

Beautiful @COS skirt❤️‍🔥 I’m trying size XS🙌 #cos#coshaul

♬ original sound – youngjjenny9

Sekali imbas, pastinya kita sendiri tahu dan kenal dengan corak tersebut. Disebabkan itu, ruangan komen pempengaruh dari Eropah ini dibanjiri dengan komen netizen dari Malaysia dan juga Indonesia yang mencuit hati.

pelikat pelikat 2 pelikat 3 pelikat 6 pelikat 7

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.