Pendakwah bebas, PU Rahmat yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) mendedahkan bahawa mereka akan membuang kesemua gajet ke laut jika bertembung dengan tentera Israel.
Berkongsi perkara itu dalam satu sesi siaran langsung di platform TikTok, PU Rahmat atau nama penuhnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan berkata, tindakan itu dibuat bagi mengelakkan segala maklumat peribadi mereka disalah guna oleh pihak tentera Israel.
“Kalau kita dipintas dan dikepung askar Israel, telefon akan terus dibuang sebab kita tak nak mereka ‘sedut’ maklumat kita. Sebab kena ingat mereka ini banyak mata-mata, banyak ejen di seluruh dunia.
“Mereka akan ‘sedut’ maklumat dan kita tak nak mereka kacau keluarga kita dan kawan-kawan kita.
“Jadi, sebab itulah buang telefon, laptop dan kamera kami akan dibuang ke laut
“Telefon ni dah berkhidmat dengan saya lebih 6 tahun, Insya-Allah telefon ni masuk syurga,” kata PU Rahmat.
Artikel berkaitan: GSF Sahkan Salah Satu Kapal Yang Membawa Peserta Misi Sumud Flotilla Diserang Dron Di Tunisia
Artikel berkaitan: “Apa? Omma nak ke Gaza naik bot?” – Farah Lee Berangkat ke Gaza, Titip Pesanan Menyentuh Hati Buat Anak
@umitihah_Replying to @nitaharon398 jom dengarkan penjelasan dari persoalan² yang ditanyakan oleh viewer live #purahmat #globalsumudflotilla #sumudnusantara
Sementara itu, menjawab persoalan mengapa menggunakan pengangkutan laut tetapi tidak menaiki pesawat, PU Rahmat berkata, kesemua laluan darat telah ditutup dan hanya satu laluan di laut yang dipanggil laluan antarabangsa yang boleh dilalui mereka.
Sekadar info, PU Rahmat antara 15 rakyat Malaysia yang menyertai pelayaran tersebut bermula 31 Ogos lalu dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.
Misi ini adalah sebahagian daripada GSF yang menghimpunkan lebih 50 bot dengan penyertaan sukarelawan dari 44 negara, membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.
Sumber: TikTok