Cuaca sekarang memang panas luar biasa, siap dengan amaran gelombang haba di beberapa negeri. Dengan indeks UV yang tinggi hampir setiap hari, kulit kita lebih mudah terdedah kepada kerosakan kalau tak dilindungi. Tapi walaupun penting, masih ramai yang skip sunscreen sebab tak tahan dengan rasa melekit atau berminyak.
Kalau korang nak tahu, sunscreen ialah kunci utama untuk lindungi kulit daripada sinaran UV dan bantu kulit kekal sihat, berseri serta nampak muda. Dengan cuaca panas membahang sekarang, sunscreen bukan lagi pilihan tapi keperluan. Mana taknya, walaupun korang hanya duduk dalam rumah atau kereta, kulit masih boleh terdedah sebab cahaya UV masih boleh tembus melalui tingkap cermin yang jernih tau!
Sebab tu, ramai pengguna mula beralih kepada pilihan baru yang lebih sesuai dengan rutin harian dan cuaca kita. Nak tahu kenapa?
NIVEA Derma UV SPF50: Ringan, cepat meresap dan selesa dipakai sepanjang hari
Kalau korang seorang yang pakai make-up setiap hari atau ada kulit sensitif, korang mesti struggle nak cari sunscreen yang sesuai dengan kulit kan? Tapi semua ni tak jadi masalah dengan NIVEA Derma UV SPF50!
Mana tidaknya, teksturnya sangat ringan, mudah diratakan dan langsung tak tinggal kesan putih (white cast) selepas pemakaian. Bukan tu je, ia juga terus meresap dan buat kulit rasa sejuk dan selesa walaupun tengah panas.
Ramai pengguna juga setuju yang sunscreen ni memang sesuai dengan gaya hidup di Malaysia. Malah, satu kajian menunjukkan seramai 95% pengguna mengesahkan produk ini cepat menyerap dan rasa ringan sepanjang hari. Korang boleh pakai sebagai asas make-up tanpa perlu risau kulit nampak bercapuk atau crack dan sunscreen ni juga boleh digunakan di muka dan badan.
Perlindungan tinggi untuk cuaca Malaysia
Sama ada korang selalu duduk rumah atau buat aktiviti luar, kulit korang tetap terdedah kepada bahaya sinaran UV. Sebab tu, NIVEA Derma UV Invisible Daily SPF50+ ini dilengkapi dengan SPF50+ PA++++ untuk perlindungan menyeluruh daripada:
- UVA yang menyebabkan kedutan dan penuaan awal
- UVB yang buat kulit sunburn dan rosak
- HEV/blue light sinaran dari skrin yang boleh menyebabkan kulit kusam
Sunscreen ni juga bukan sekadar pelindung tapi ia juga turut mengandungi Niacinamide yang membantu untuk sekatakan tona kulit dan Licochalcone A untuk melindungi kulit daripada radikal bebas. Jadi sambil lindungi kulit dari bahaya sinaran UV, korang juga boleh menjaga kulit dengan bahan-bahan yang terbukti berkesan.
Kulit berjerawat? NIVEA Derma UV SPF50 ada versi khas untuk kawal ‘breakout’
Kalau korang ada masalah kulit berminyak atau mudah breakout pula, NIVEA DERMA UV Blemish Control SPF50+ ni memang sesuai sangat untuk bantu kawal minyak, cegah jerawat dan tenangkan kulit sensitif.
Ini kerana, ia mengandungi Anti-Blemish Complex yang membantu elak pori tersumbat dan Niacinamide yang boleh kurangkan kemerahan dan matte effect yang tahan sehingga 8 jam. Paling penting, produk ini adalah non-comedogenic tau! Korang memang tak yah risau jerawat baru akan naik lepas pakai.
Seperti Invisible Daily, sunscreen ini juga ringan, cepat serap dan tak tinggalkan kesan melekit selepas pemakaian.
Bila sunscreen selesa, takdelah skip lagi
Kalau sebelum ni korang selalu skip sunscreen sebab tak selesa, sekarang adalah masa yang sesua untuk ubah rutin. NIVEA Derma UV tampil dengan dua pilihan yang sesuai untuk semua gaya hidup dan jenis kulit, sama ada korang perlukan perlindungan harian yang invisible atau sunscreen khas untuk kulit sensitif.
Dua-dua sunscreen ini memberikan perlindungan tinggi iaitu SPF50+, cepat menyerap dan ringan. Lepas ni memang tak ada alasan untuk korang skip sunscreen, tak kira cuaca macam mana pun.
Nak cuba sendiri? Korang boleh dapatkan NIVEA Derma UV Invisible Daily SPF50+ dan NIVEA Derma UV Blemish Control SPF50+ sekarang di Shopee, Lazada atau laman web rasmi NIVEA Malaysia untuk maklumat lanjut.