3runtuh

Seorang wanita berusia 51 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap ketulan simen dalam kejadian lantai runtuh di tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama, Sabah, malam tadi.

Memetik laporan Astro Awani, insiden itu berlaku sekitar jam 8 malam dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan sebelum menghantar dua buah jentera bersama 13 orang anggota ke lokasi kejadian.

Screenshot 2025 03 08 at 2.04.52 PM

Operasi menyelamat berakhir sekitar jam 9.38 malam setelah keadaan disahkan selamat. Punca runtuhan masih dalam siasatan. Mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Bagi mengelakkan risiko keselamatan, pihak bomba menjalankan pemeriksaan lanjut dan mengarahkan semua pengunjung serta pekerja mengosongkan bangunan.

Baca: Lantai Tiba-tiba Pecah, Sekumpulan Penari Tarian Singa Terjatuh Ke Dalam ‘Sinkhole’

Screenshot 2025 03 08 at 2.03.11 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.