Tular di media sosial memperlihatkan individu melakukan perbuatan khianat dengan melempar bom petrol ke dalam sebuah rumah yang terletak di Kampung Rapat, Ipoh, Perak. Lelaki tersebut dilhat melemparkan objek yang juga dikenali sebagai ‘molotov cocktail’ itu sehingga menyebabkan berlaku kebakaran kecil.
Malah, dilihat anjing peliharaan di rumah itu terkena api akibat lontaran tersebut. Susulan itu, pihak polis kini sedang mengesan individu tersebut selepas menerima 5 laporan polis daripada seorang wanita berusia yang 62 tahun pada antara 26 Mac hingga 4 April lalu.
Artikel berkaitan : “Dahsyat gak orang tua cemburu” – Pakcik Baling Bom Petrol, Bengang Bekas Kekasih Jatuh Cinta Dengan Kawan Sendiri
Artikel berkaitan : “Ini cubaan membunuh!” – BAHAYA! Individu Kejam Sengaja Baling ‘Bom Petrol’ Dekat Kereta Di Highway Cheras
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa ada memberitahu yang dia ada menerima ugutan melalui nota yang ditinggalkan di hadapan pagar rumah.
“Nota tersebut meminta mangsa membayar hutang dan bom petrol juga dibaling ke dalam kawasan rumahnya sebanyak 5 kali.”
“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kebakaran pada pagar rumah, kawasan tempat letak kereta, pintu hadapan dan dinding.”
Tambahnya lagu, usaha giat dijalankan bagi mengesan suspek untuk siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat dengan api.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan S. Dasarathan di talian 012-5644485.
Sumber : Sinar Harian