IMG 6275

Tular di media sosial semalam apabila perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terhenti sementara pada Jumaat meskipun perkhidmatan itu baru sahaja disambung semula bermula 1 Julai lalu selepas beberapa tahun tergendala kerana menjalani proses naik taraf.

4F89451A 156A 4E52 8A5B C2836E808BEA

Difahamkan, perkhidmatan Aerotrain tersebut terhenti sementara pagi semalam kerana terdapat air yang bertakung di terowong laluan tren selepas hujan lebat di kawasan tersebut, lapor Harian Metro.

Menurut Harian Metro, perkara itu telah disahkan oleh pihak Malaysia Airports.

Artikel Berkaitan: Perkhidmatan Aerotrain KLIA Bakal Beroperasi Semula Pada 1 Julai Nanti

Artikel Berkaitan: Kerajaan Sasar Pulihkan Ranking KLIA Antara 10 Airport Terbaik Dunia

Air yang bertakung di terowong itu tidak dapat mengalir keluar dengan baik secara automatik kerana terdapat kerosakan teknikal pada salah satu pam saliran di dalam kawasan terowong itu.

Oleh itu, perkhidmatan tren berkenaan telah dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada proses pembersihan air dari terowong dan difahamkan ketika tempoh itu, penumpang-penumpang perlu menaiki bas ulang-alik untuk ke Terminal Satelit buat sementara waktu sementara menunggu operasi tren itu disambung semula.

Operasi Aerotrain di lapangan terbang itu kemudiannya disambung semula seperti biasa pada waktu tengah hari pada hari yang sama iaitu pada Jumaat semalam.

D9B372DE DA45 4E06 9F7D C01D9F142A75

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.