Semalam, kecoh di media sosial apabila pelakon, Fattah Amin membuat perkongsian di Instagram Story bahawa dia telah beberapa kali datang untuk bertemu dengan anaknya Nur Fatima Aisya namun tidak dapat berbuat demikian.
Difahamkan, pelakon filem Mat Kilau itu tidak dapat bertemu dengan anaknya yang berusia 5 tahun itu kerana Fatima tidak sihat. Dia turut memohon peminat agar mendoakan kesihatan anaknya itu.
Walau bagaimanapun, ada mulut segelintir netizen yang seperti menyalahkan bekas isteri Fattah, Fazura yang tidak membenarkan Fattah bertemu Fatima.
Terkini, Fattah Amin menafikan dakwaan tersebut kerana mereka masih berjumpa dan Fazura juga memberikan kerjasama yang baik perihal anak mereka.
Artikel Berkaitan: “Doakan Fatima semua…” – Fattah Amin Banyak Kali Cuba Jumpa Anak Tapi Gagal Sebab…
Artikel berkaitan: “Mungkin dia merajuk, itu normal’ – Fattah Amin Respons Reaksi Fatima ‘Tak Sayang Daddy’, Kongsi Gambar Terbaru Dengan Anak
Memetik laporan Berita Harian, pelakon yang berusia 34 tahun itu turut menafikan dakwaan di mana ada pihak mendakwa dia mengabaikan anaknya kerana sibuk bekerja.
Selain itu, ada juga netizen yang mendakwa dia memuat naik video dengan anak untuk ‘content‘ apabila Fattah berkongsi video atau gambar bersama anak di media sosial.
Fattah mendedahkan bahawa dia terkilan dengan dakwaan-dakwaan seumpama itu.
Ada masanya saya rasa nak kongsi, saya akan muat naik. Saya kongsi bukan sebab nak buat ‘content’. Tapi ada pula yang cakap bila dah jumpa anak, nak tunjuk dekat orang,” ujarnya kepada media.
Dalam masa yang sama, Fattah turut memohon kepada warganet di luar sana agar tidak menyalahkan sesiapa tentang perkongsiannya tentang tidak dapat berjumpa dengan Fatima di Instagram Story.
Menurutnya, perkongsian tersebut hanyalah untuk beritahu bahawa dia ada berjumpa dengan anak perempuannya itu cuma ada masanya kanak-kanak akan tidak sihat.
Tambahnya lagi, perkongsian tersebut hanyalah luahan hati seorang bapa sahaja dan bekas isterinya, Fazura juga memberikan kerjasama yang baik.
Sumber: Harian Metro