ft Sy ridzo

Biarpun tiada lagi di sisi, anak kepada usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura yang dikenali sebagai Sky sentiasa mengingati arwah ibunya. Sky dilihat melepaskan rindu terhadap arwah ibunya, Allahyarhamah Akiko Okumura dengan mendoakannya selepas solat.

Perkara itu dikongsikan oleh Ridzokumura sendiri menerusi TikTok miliknya yang memperlihatkan Sky sedang mengerjakan solat ketika berada di sebuah restoran.

Artikel berkaitan : “Duit orang meninggal pun nak ambil” – Ridzokumura Dakwa RM70K Milik Arwah Isteri Di Rumah Lesap

Artikel berkaitan : “Kalau saya pergi dulu…” – Ridzokumura Buat Keputusan Ingin Hantar Sky Ke Jepun Jika Dia Dah ‘Tiada’

Katanya, Sky berazam tidak mahu meninggalkan solat kerana mahu mendoakan arwah ibunya itu.

“Alhamdulillah banyak lagi Sky dan saya kena belajar, Sky kata dia tak nak tinggalkan solat sebab selepas solat Sky sentiasa berdoa untuk arwah ibunya.”

@ridz_okumura

Alhamdulillah banyak lgi sky dan saya kena belajar🥰❤️🙏🏻 sky kata dia tak nk tinggal kan solat sbb selepas solat sky sentiasa berdoa untuk arwah ibu nya🥰🇯🇵🇲🇾

♬ suara asli – Sagala Musik – Sagala Musik

Dalam pada itu, ramai netizen memuji sikap Sky dan berharap agar dia dapat beristiqamah dalam melakukan ibadah. Bahkan, ketika ada netizen yang menegur Ridzokumura untuk bimbing anaknya tentang cara solat, dia menjelaskan bahawa Sky kini sedang dibimbing oleh seorang ustaz untuk memperbaiki mutu solatnya.

Screenshot 2025 07 02 125022 Screenshot 2025 07 02 125054

Untuk rekod, Akiko dilaporkan terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari dan disahkan meninggal dunia.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.