mat sabu beras campur dah berlaku 1970 an

Minggu lalu, berita melaporkan 40 hingga 50 peratus beras putih import (BPI) disahkan bercampur dengan beras putih tempatan (BPT) menerusi 5,000 sampel yang dianalisis oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan tindakan itu berlaku sejak tahun 1970-an lagi selepas penubuhan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN), dan bukannya baru berlaku ketika pentadbiran kerajaan sekarang.

Hasil dapatan itu diperoleh hasil kajian dijalankan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ke atas industri padi dan beras sejak awal 2024.

Artikel berkaitan: Kerajaan Tamatkan Subsidi & Kawalan Harga Ayam Mulai Rabu Ini

26092023 41 2 beras jumaat pix

MyCC juga merumuskan tujuan campuran ini adalah memenuhi cita rasa pengguna tempatan serta untuk menghasilkan variasi jenama di pasaran.

Justeru, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diarahkan supaya memperhalusi kaedah dan mekanisme terbaik untuk mengawal percampuran beras putih tempatan dan beras putih import melalui perundangan.

Selain itu, pihaknya juga akan merangka simulasi cadangan penetapan harga yang bersesuaian bagi kategori beras campuran secara komprehensif.

Tiada peruntukan khusus perundangan kes campur beras

Dalam pada itu, Mohamad berkata tiada peruntukan khusus yang jelas bagi pendakwaan kes di mahkamah mengenai kesalahan percampuran beras, berdasarkan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

Selain itu, katanya kerajaan juga bersetuju mengekalkan BPT pada harga RM2.60 sekilogram dengan menyerap sebahagian kos pengeluaran BPT sekitar RM150 juta untuk tempoh enam bulan mulai 1 Mac hingga 31 Ogos depan bagi memastikan keberadaan bekalan sebanyak 24 juta kampit BPT 10 kilogram secara berperingkat di pasaran.

Difahamkan, campuran beras dipercayai berlaku di peringkat pengilang dengan petani menanam padi menggunakan benih tempatan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.