Semalam, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memaklumkan bahawa Warzone World Championship (WWC) tidak mendapat kelulusan rasmi daripada pihaknya.
KBS dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, sebarang penganjuran acara sukan terutamanya yang melibatkan penyertaan antarabangsa, wajib mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].
Penganjur yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 36, Akta 576.
“Kementerian menasihatkan semua pihak mematuhi peraturan sedia ada bagi memastikan integriti, keselamatan, dan imej sukan negara terpelihara,” menurut kenyataan tersebut.
Artikel berkaitan: “Sembang semua orang boleh sembang” – Yusuf Azmi Ajak Bersemuka Dengan Caprice
Artikel berkaitan: Tular Pertandingan MMA Libatkan Kanak-kanak, Johan Ghazali Tampil Beri Teguran
WWC buat permohonan maaf, gantung sementara penyertaan petarung bawah umur
Susulan kenyataan dari KBS, WWC semalam telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada beberapa entiti termasuklah Persatuan Muay Thai Malaysia, Malaysia Professional Boxing Federation (MPBF), Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kerajaan Malaysia atas kekeliruan dan insiden yang berlaku semasa sidang media acara itu baru-baru ini.
Pihak WWC juga mengakui kesilapan yang dilakukan mereka apabila menimbulkan persepsi yang berbeza daripada niat asal dan memberi contoh yang tak sesuai kepada penonton bawah umur.
Sebagai tanda tanggungjawab, pihak Warzone akan menggantung sementara penyertaan petarung bawah umur dan akan menyemak semula semua aspek kawalan, keselamatan serta garis panduan promosi bagi memastikan setiap aktiviti selepas ini mematuhi sepenuhnya peraturan dan piawaian pihak berkuasa sukan negara.
“Selain itu, semua influencer fighter dan peserta baharu dalam bidang sukan tempur juga diwajibkan untuk mematuhi syarat dan kelayakan asas yang ditetapkan oleh badan sukan rasmi bagi memastikan standard profesional dan keselamatan dapat dikekalkan,” tulis kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, Warzone diwujudkan dengan objektif utama bagi memberi peluang kepada petarung tempatan dan antarabangsa untuk mengembangkan bakat, membina karier profesional, serta menjana pendapatan melalui platform pertarungan yang sah, selamat dan beretika.
WWC juga menghargai segala teguran dan pandangan serta sokongan daripada semua pihak dan akan mengambil langkah penambahbaikan yang sewajarnya demi memastikan industri sukan tempur di Malaysia lebih dihormati.
Terdahulu, video promosi kejohanan berkenaan telah mencetuskan perdebatan di antara netizen sehingga ia juga menerima teguran daripada petarung One Championship, Johan Ghazali kepada Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi.
Kejohanan International Influencer Super Lightweight Champion WWC dijadual diadakan pada 6 dan 7 Disember depan membabitkan petarung Malaysia dan Indonesia.
Sumber: Instagram, FB Hannah Yeoh, Astro AWANI

12 hours ago
6






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















