Seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Thailand telah mengalami kecederaan apabila kanak-kanak perempuan itu secara tidak sengaja telah terpulas pendikit atau throttle sebuah Vespa sehingga motosikal itu merempuah pintu kaca sebuah kedai baru-baru ini.
Menurut laporan Bangkok Post, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai serbaneka di daerah Lat Lum Kaeo.
Kejadian tersebut turut menyebabkan kecederaan pada ibu saudara kanak-kanak perempuan tersebut.

Artikel Berkaitan: “Mentaliti pentingkan diri sendiri” – Penghuni Flat Wangsa Maju Pasang Pagar Depan Rumah Cetus Perbalahan Netizen
Difahamkan, ibu saudara kanak-kanak itu pada mulanya telah memarkir Vespa itu di hadapan kedai selepas menurunkan dua orang penumpang dengan enjin masih hidup.

Namun, kanak-kanak itu yang duduk di bahagian depan Vespa secara tiba-tiba dan tidak sengaja telah memulas throttle atau pendikit motosikal itu sekali gus menyebabkan motosikal berkenaan merempuh pintu kaca kedai dan masuk ke dalam premis.
Susulan itu, ia turut menyebabkan barang-barang yang berada di rak depan kedai rosak dan bertaburan.
Sumber: Bangkok Post

12 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















