Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam longkang berhampiran sebuah perhentian bas di kawasan perkilangan Ayer Keroh, di sini, pada petang Jumaat.
Mayat lelaki berusia 64 tahun itu ditemui kira-kira jam 3.30 petang oleh seorang pemuda berusia 19 tahun yang menyedari kehadiran tubuh manusia di dalam longkang sedalam kira-kira 0.2 meter ketika mahu membuang sampah di kawasan berkenaan.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian kira-kira 1.5 meter sebelum ditemukan tidak bernyawa. Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang petunjuk yang menjurus kepada unsur jenayah.
Pemeriksaan fizikal terhadap tubuh mangsa hanya menemui satu luka kecil berukuran kira-kira satu inci di bahagian kiri dahi yang dipercayai berpunca daripada hentakan ketika terjatuh.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Astro Awani

13 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















