ucapan guru tragedi tikam di sekolah sebak

Tragedi tikam yang berlaku di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini telah melukakan hati kita semua.

Insiden menyayat hati itu turut memberi kesan mendalam buat warga sekolah berkenaan, malah menjadi beban emosi buat para guru yang menjadi tulang belakang kepada ratusan anak didik.

Tular satu perkongsian video di laman Threads, memaparkan seorang guru mewakili pihak sekolah memberi ucapan yang begitu sebak dan meruntun jiwa susulan tragedi pilu yang berlaku.

Dalam ucapan tersebut, guru terbabit memohon maaf kepada semua ibu bapa yang hadir atas insiden yang terjadi di sekolah berkenaan.

“Kami amat sedih dengan apa yang berlaku, namun, tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan.

“Bagi pihak sekolah, saya ingin memohon maaf atas kejadian yang berlaku ini,” katanya dalam nada sebak.

Form 2 Tikam Pelajar Form 4 Hing

Artikel berkaitan: “Dia minta pergi ke tandas dan….” – Rakan Sekelas Mangsa Kongsi Detik Kejadian Kes T*kam Bandar Utama

Artikel berkaitan: Kes T*kam Pelajar Di Bandar Utama, Ini Kronologi Penuh Kejadian Tragis Tersebut

Kata guru itu, tiada siapa di pihak sekolah yang menjangka insiden sebegitu boleh berlaku di kawasan yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat buat pelajar.

“Tiada siapa menyangka perkara sebegini akan berlaku. Namun ia sudah pun berlaku. Kami ambil tanggungjawab sepenuhnya.

“Kami tahu bukan mudah untuk mentadbir sebuah sekolah dengan 1,197 orang murid, namun kami sahut cabaran dan buat yang terbaik,” katanya lagi.

Guru itu turut mengalu-alukan jika ada ibu bapa yang mahu memberi cadangan atau memberi ruang kepada para pendidik bertindak denga cara yang wajar.

“Kami tahu cabarannya besar, tapi akan cuba buat yang terbaik. Mohon sangat fahami kami. Kami bukan sempurna, tapi kami ikhlas,” ujarnya.

Ucapan guru tersebut diakhiri dengan tepukan gemuruh daripada ibu bapa yang turut memahami beban dan tanggungjawab yang digalas pendidik.

Perkongsian video tersebut turut mengundang sebak warganet yang pilu melihat situasi yang dialami guru-guru sekolah berkenaan.

Sumber: Sinar Plus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.