Penduduk tempatan di Koh Phangan, Thailand kini mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kehadiran segelintir pelancong Israel yang didakwa semakin melampau dan mula ‘ambil alih’ pulau pelancongan popular itu.
Menurut laporan Bangkok Post, pihak berkuasa Thailand kini sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa warga Israel telah menjalankan perniagaan secara haram di pulau berkenaan.
Penduduk mendakwa, ramai antara mereka bukan sekadar datang melancong, tapi tinggal lama dan buka perniagaan sendiri, malah ada yang menggunakan orang tempatan sebagai proksi bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Disebabkan itu, ramai mula menggelar Koh Phangan sebagai ‘Tel Aviv kedua’.
Artikel berkaitan: Pelancong Dari Thailand Kena ‘Ketuk’ RM800 Daripada Photographer KLCC Lepas ‘Tolong’ Ambilkan Gambar
Artikel berkaitan: Pengarah Program Jelaskan Pengibaran Bendera Israel Hanya Gimik Apa Yang Berlaku Kepada Sukarelawan GSF
Bukan itu saja, ada juga yang mengatakan sesetengah pelancong Israel bersikap kurang sopan dan tidak menghormati budaya masyarakat setempat.
Salah satu insiden yang jadi tular beberapa bulan lalu menunjukkan seorang wanita Israel marah-marah apabila disuruh buka kasut sebelum masuk ke kedai, wanita itu berkata “duit aku yang bina negara kau”.
@thenationthailand‘My money builds your country’: Israeli tourist apologises after Thai backlash . A viral incident involving an Israeli tourist has sparked heated debate online after a confrontation in a restaurant on Thailand’s Koh Phangan island, Surat Thani province, on May 5. . A video circulating on social media shows a local restaurant employee confronting the woman, asking her to leave after she refused to follow the restaurant’s rules—namely, removing her shoes before entering and refraining from smoking. . The employee can be heard saying, “Go back to your country. You’re not welcome here,” to which the tourist allegedly replied, “Sorry, but my money builds your country.” . The incident quickly went viral, fueling backlash from Thai netizens who criticised the tourists’ disrespect toward local customs. . In response, the woman later addressed the controversy via Instagram, identifying herself as the person in the video and claiming her words were taken out of context. She clarified that her intent was to express how Israeli tourism contributes to Thailand’s economy, not to demean the country. . She also alleged that she had previously received permission to wear shoes inside the venue due to a leg injury and that the person filming the video was not a staff member but another guest, who she claims physically assaulted her. . According to her, the video was edited and did not show the full extent of what occurred, including the alleged violence she experienced. . The incident continues to stir debate, raising questions about tourist behaviour, respect for local traditions and how social media can shape narratives in viral moments. . ThailandNews ViralVideo TouristControversy KohPhangan RespectLocalCulture TravelEtiquette TourismDebate SocialMediaBacklash ThaiCustoms
♬ เสียงต้นฉบับ – The Nation Thailand – The Nation Thailand
Susulan isu ini, Ketua Polis Negara Thailand, Pol. Gen. Kittirat Panphet, telah mengarahkan pihak berkuasa wilayah, imigresen dan jabatan buruh untuk menjalankan siasatan menyeluruh. Antara tindakan yang diambil termasuk menyemak pemilikan tanah, lesen perniagaan dan permit kerja bagi mengesan sama ada terdapat penyalahgunaan nama rakyat Thai.
Setakat ini, beberapa warga asing sudah ditahan di Koh Phangan dan Koh Samui atas pelbagai kesalahan, ia termasuk bekerja tanpa permit, menyewa kenderaan tanpa lesen, serta menjadi pemandu pelancong tanpa kebenaran.
Menurut rekod imigresen, sehingga 23 September lalu, seramai 2,627 warga Israel telah memohon sambungan visa di Thailand 2,125 daripadanya visa pelancong jangka pendek, manakala 502 lagi memegang visa jangka panjang seperti visa perniagaan, pelajar, atau pasangan kahwin.
@israeli_house_kohphanganשמחת תורה בבית בישראלי קופנגן 😍 יצאנו להקפות ברחובות האי 🙂 #הביתהישראליקופנגן #תאילנד #קופנגן #שמחתתורה #ספרתורה #kohphangan #thailand
Gabenor Surat Thani, Teerut Supaviboonponl, berkata pihaknya sedang memantau isu ini dengan berhati-hati kerana tidak mahu tindakan keras menjejaskan sektor pelancongan. Namun, beliau menegaskan bahawa Thailand mahu menarik pelancong yang ‘berkualiti’, bukan yang datang semata-mata untuk mencari untung atau membuka perniagaan haram.
Imigresen turut diberi amaran supaya lebih tegas terhadap pelancong yang sering memperbaharui visa berulang kali tanpa sebab jelas.
Difahamkan, siasatan kali ini tidak hanya tertumpu kepada warga Israel, tetapi juga kepada semua bangsa yang mungkin menyalahgunakan sistem visa atau lesen perniagaan di pulau itu.
Sumber: Bangkok Post