8Anjing

Satu kes penderaan haiwan yang dilaporkan berlaku di kawasan Kurar, Malad Timur, Mumbai, India apabila seorang lelaki berusia 20 tahun disyaki bertindak kejam terhadap seekor anak anjing yang masih kecil.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan ramai selepas sebuah rakaman video berkaitan usaha menyelamat yang dikongsi PAL (Pure Animal Lovers) Foundation tersebar luas di media sosial, sekali gus menarik perhatian orang awam dan aktivis kebajikan haiwan.

Screenshot 2026 02 01 At 12.45.07 Pm

Bertindak susulan maklumat diterima, polis bersama sukarelawan kebajikan haiwan melancarkan operasi di sebuah tandas awam yang dipercayai menjadi lokasi kejadian. Suspek pada mulanya enggan memberikan kerjasama sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan memasuki premis tersebut.

Anak anjing berusia kira-kira dua setengah bulan itu berjaya diselamatkan dan segera dibawa untuk rawatan kecemasan, manakala suspek ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Menurut PAL Foundation, keadaan haiwan berkenaan masih kritikal dan kini berada di bawah rawatan berterusan. Pihak polis mengesahkan siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada berkaitan kekejaman terhadap haiwan, sementara insiden ini sekali lagi mencetuskan desakan agar undang-undang lebih tegas digubal bagi melindungi haiwan daripada penderaan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.