Wanita yang tular kerana mengamuk disebuah restoran yang terletak di Ipoh pada minggu lalu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada hari ini termasuk mencederakan 2 individu dan melakukan khianat.
Tertuduh yang dikenali sebagai Nurfarahanim Soaid, 29, mengaku selepas semua pertuduhan telah dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan dan Majistret Anis Hanini Abdullah.
Artikel berkaitan: Polis Tangkap Lelaki Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Anjing
Artikel berkaitan: 4 Terkorban Termasuk Suspek Insiden Serangan Pisau Di Taipei
Hidap Bipolar
Untuk pertuduan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang pekerja yang dikenali sebagai Muniasamy Rathinavel Nadar menggunakan garpu di Restoran SK Naina, Taman Tasek Damai di sini kira-kira jam 6.26 pagi pada 28 Januari lalu.
Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau hukuman sebat ataupun mana-mana hukuman yang dinyatakan jika didapati bersalah.

Untuk pertuduhan kedua Nurfarahanim telah didakwa melakukan khianat dengan memecahkan 3 keping cermin penghadang makanan milik restoran sama sehinggakan berlaku kerosakan harta benda.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam pertuduhan ketiga pula, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang lagi pekerja restoran terbabit iaitu Mohamed Hussain Mubarakall dengan cara menampar dan menumbuk mangsa di lokasi dan masa sama.

Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Berhubung dengan pegakuan tersebut, peguam Robert S Gnanarajan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon telah memohon agar pihak mahkamah memberikan hukuman yang paling minimum kerana tertuduh seorang ibu tunggal yang menghidap bipolar serta pemegang kad orang upaya sejak tahun 2009 selain mempunyai anak seramai 3 orang.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan alasan perbuatan tertuduh lakukan serius kerana mendatangkan kecederaan serta kerugian pemilik resoran dan memberi pengajaran kepada orang awam.
Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman denda keseluruhan RM11,800 atau penjara selama 30 bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S Nishaallini dan Amal Aziemah Kohar.

Memetik laporan Sinar Harian, pada 28 Januari lalu, media melaporkan bahawa pihak polis telah menahan seorang wanita selepas disyaki mengamuk sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan mencederakan pekerja di sebuah restoran di Jalan Tawas Baru 1, Taman Tasek Damai pada awal pagi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian itu, phaknya telah menerima laporan daripada pemilik restoran yang mengadu berhubung insiden berkenaan.
Sumber : Sinar Harian

3 hours ago
3






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















