Moksu Bedak Sejuk Viral

Seorang warga emas yang popular di media sosial sebagai ‘Moksu bedak sejuk viral’ dilaporkan meninggal dunia, hari ini selepas terlibat dalam satu kejadian langgar lari di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut laporan Sinar Harian, Moksu atau nama sebenarnya Allahyarham Tengku Jariahhanna Tuan Ismail, 71, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian berhampiran bulatan Jam Besar selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan.

Adik Allahyarham, Tengku Ahmad Fakri, 68, berkata, kakaknya itu mempunyai rutin harian keluar rumah sekitar jam 7 pagi untuk bersarapan di kawasan bandar.

“Berdasarkan maklumat saksi, sebuah kenderaan dipercayai melanggar arwah sebelum pemandunya melarikan diri,” katanya.

Moksu Bedak Sejuk Viral

Artikel berkaitan: Niat Bergurau Picit Jerawat Di Hidung, Suami Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Ke Otak

Artikel berkaitan: Pelajar Universiti Meninggal Dunia Dirempuh Motosikal Di UiTM Kampus Machang

Tambah beliau, arwah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Allahyarham merupakan anak keempat daripada lapan beradik dan cukup dikenali dalam kalangan penduduk tempatan kerana keperibadiannya yang bersahaja, peramah serta gemar berpantun selain sering kelihatan di sekitar bandar Kota Bharu dengan penampilan berbaju kurung dan berbedak sejuk.

Menurut ahli keluarga, arwah pernah mengalami masalah kesihatan sejak usia remaja selepas mengalami demam panas dan pernah menerima rawatan, namun keadaannya kembali stabil.

Kredit: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.