syaz ft 2025 11 04T160729.898

Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menegaskan bahawa hukuman dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap tujuh pemain warisan negara tidak berpaksikan peruntukan undang-undang sebenar badan induk itu.

Baginda, yang juga Pemangku Sultan Johor, menerusi Instagram miliknya berkata tindakan FIFA menghukum pemain berkenaan jelas bertentangan dengan Artikel 22 dalam kod peraturannya sendiri.

Artikel berkaitan: Isu Pemain Warisan: FAM Terkejut Dengan Keputusan FIFA, Akan Bawa Kes Ke CAS

Artikel berkaitan: Dokumen Kelahiran Pemain Warisan Harimau Malaya, Facundo Garcés Tular

Menurut baginda, artikel tersebut menyatakan secara jelas bahawa hanya individu yang memalsukan atau menggunakan dokumen palsu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

574862075 1262550792585414 7327795031695776472 n

“FIFA terus menghukum para pemain dengan tidak menggunakan peruntukan sebenar undang-undang, sedangkan Artikel 22 dalam kod FIFA menyatakan bahawa hanya mereka yang memalsukan atau menggunakan dokumen palsu boleh dikenakan tindakan.

Perkara itu langsung tidak terpakai kepada pemain,” titah baginda.

TMJ turut meluahkan kebimbangan apabila tindakan FIFA itu dilihat tidak berpaksikan prinsip keadilan serta undang-undang sukan yang sebenar.

Baginda berpendapat keputusan tersebut seolah-olah lebih memihak kepada kepentingan tertentu dan tidak mencerminkan ketelusan sebuah badan antarabangsa.

“Dengan kata lain, hukuman yang dikenakan ini tidak berasaskan undang-undang dan kelihatan lebih bersifat ‘bermotif politik’ berbanding sebab yang sebenar.

Ia bukan semata-mata soal teknikal, tetapi menimbulkan persoalan sama ada keputusan ini dibuat dengan niat tertentu,” titah baginda lagi.

Pada masa sama, baginda turut menyatakan sokongan penuh terhadap perjuangan bagi mempertahankan hak pemain terlibat.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.