4palestin

Copenhagen melakar sejarah apabila Majlis Bandaraya secara rasmi meluluskan cadangan menamakan semula salah satu dataran utamanya sebagai “Palestine Square.” Memetik laporan Malaysia Kini keputusan ini dibuat selepas perbincangan panjang dan menerima sokongan majoriti dengan 29 undi menyokong.

Screenshot 2025 03 08 at 2.21.48 PM

Terletak di daerah Norrebro, dataran yang kini berada di persimpangan Norrebrogade, Esromgade dan Hillerodgade akan mula menggunakan nama baharu secara rasmi pada 1 April 2025. Penamaan ini mencerminkan sokongan berterusan Denmark terhadap Palestin dan rakyatnya.

Keputusan ini disambut baik oleh komuniti Palestin di Denmark, yang melihatnya sebagai tanda hubungan erat antara kedua-dua negara. Langkah ini juga dianggap sebagai simbol solidariti rakyat Denmark terhadap perjuangan Palestin serta sokongan mereka terhadap hak kebebasan dan kemerdekaan.

Screenshot 2025 03 08 at 2.23.17 PM

Ahli Majlis Bandaraya turut menzahirkan rasa bangga atas keputusan tersebut, menegaskan ia mencerminkan pendirian rakyat Denmark dalam menyokong hak Palestin untuk menubuhkan negara berdaulat.

Baca: Malaysia Bakal Bantu Bina Sekolah, Hospital Dan Masjid Di Gaza – PMX

Screenshot 2025 03 08 at 2.21.39 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.