Setelah sekian lama ‘mendiam’, nama Abang Viva sekali lagi menjadi tumpuan apabila isterinya iaitu Eva Noza Zakaria membuat kenyataan yang seolah-olah ingin menjelaskan bahawa dia dan Abang Viva sudah bercerai.
Kata Eva lagi, dia bagaimanapun tidak sanggup bercakap buruk tentang orang yang pernah ada di dalam hatinya. Malah, Eva juga menghargai individu tersebut memandangkan mereka pernah bersama sebagai suami isteri.
Artikel berkaitan : “Peluk cium aku, dalam masa sama mengata aku” – Isteri Abang Viva Luah Rasa Kecewa Curi Tumpuan Warganet
Artikel berkaitan : Abang Viva Tengah Kumpul Orang & Modal, Risau Banjir Pantai Timur Semakin Memburuk
“Saya tak sanggup nak mengata orang yang pernah berada di hati saya walaupun sekarang ini kita orang tak ada apa-apa tapi jauh di sudut hati saya, saya masih hargai dia la.”
“Sebab dia bukan berada sebagai musuh saya. Saya tak tahu macam mana orang sanggup untuk mengata orang yang pernah tidur dengan dia.”
Dalam pada itu, Eva memohon agar semua pihak memberi ruang kepadanya untuk dia menjalani tempoh iddah selain harus mencari rezeki untuk kelangsungan hidup.
“Beliau pernah jadi sebahagian dalam hidup saya… saya hargai cuma saya nak berpisah cara baik. Harap beri saya ruang untuk saya jalani tempoh iddah. Dalam masa yang sama saya perlu cari rezeki untuk kelangsungan hidup saya dan anak-anak.”
Tahun lepas, Eva pernah mendakwa Abang Viva bermesej dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
Menerusi pendedahan itu, Eva turut mendakwa suaminya dan wanita tersebut sering memburukkan dirinya di perbualan mesej antara mereka.
Untuk rekod, Abang Viva selamat mendirikan rumah tangga dengan Eva Noza pada 14 Oktober 2022.
Sekitar April 2023, isteri kepada Abang Viva itu mendedahkan dia pernah keguguran dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga
Sumber : Gempak