Seorang lelaki berusia 45 tahun di Kampung Pida 3, Jerlun, Kedah ditemui maut dengan kepalanya terpisah daripada badan dipercayai akibat ditetak dengan parang oleh adik iparnya sendiri petang Jumaat semalam.
Menurut laporan BERNAMA, suspek yang berusia 38 tahun difahamkan telah ditahan oleh polis tidak lama selepas kejadian.
Polis pada mulanya telah mendapat laporan daripada orang awam mengenai kejadian pergaduhan antara mangsa dan suspek.

Artikel berkaitan: Bekas Pelumba GP Negara Elly Idzlianizar Maut Dit*tak, 3 Suspek Ditahan Polis
Artikel berkaitan: Tular Video Gaduh Bersenjata Sebab Isu ‘Parking’, Lelaki Terima 35 Jahitan Lepas Dit*tak
Suspek difahamkan masih memegang parang yang digunakan dalam insiden itu ketika ditahan oleh pihak polis.

Suspek juga dikatakan cuba untuk menyerang polis namun menyerah diri setelah dipujuk sekitar 15 minit.
Punca kejadian setakat ini (ketika artikel ini ditulis) masih dalam siasatan pihak polis.
Sumber: BERNAMA

1 day ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















