syaz ft 2025 11 03T113136.699

Fatin Syazwani Ishak, 27, tampil menjelaskan bahawa pembedahan bariatrik yang dilakukannya baru-baru ini tiada kaitan dengan suaminya, pempengaruh dan usahawan Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman atau Prince Syed, 33.

Menurut Fatin Syazwani, prosedur itu dijalankan di sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh, Perak pada 8 Oktober lalu, dan suaminya mengetahui tentang pembedahan tersebut. Dia menegaskan bahawa dakwaan kononnya dia dipaksa menjalani pembedahan demi mempromosikan produk pelangsingan adalah tidak benar.

Artikel berkaitan: “Isteri yang enggan jumpa” – Prince Syed Buat 2 Laporan Polis Selepas Diserang Depan Rumah

Artikel berkaitan: “Dah tak boleh berjalan normal” – Lidah Mengeras, Prince Syed Dakwa Isteri Terkena Sihir

cats

Dia turut memohon orang ramai berhenti menuding jari kepada suaminya kerana keputusan menjalani bariatrik dibuat atas kehendaknya sendiri.

“Saya memang buat bariatrik (pembedahan) tapi urusan itu tak ada kena mengena dengan suami. Saya yang buat sendiri. Syed tak bagi buat, saya sendiri yang nak buat,” katanya.

Fatin juga mengakui dia sendiri meminta suaminya mengumpul wang bagi menampung kos rawatan tersebut dan merayu orang ramai supaya tidak menyerang suaminya.

“Tolong jangan serbu (serang) Syed…tolong sangat. Syed tak ada kena mengena. Saya nak tenang-tenang saja,” katanya lagi.

Fatin dalam pada itu turut berkata dia terkejut isu pembedahan itu tiba-tiba dikaitkan dengan masalah rumah tangga.

Sementara itu, Prince Syed turut menafikan dakwaan bahawa dia memaksa isterinya menjalani prosedur tersebut atau menjadikannya seperti ‘tikus makmal’. Menurutnya, Fatin menjalani pembedahan itu secara rela dan salah satu puncanya adalah tekanan akibat menjadi mangsa body shaming.

“Sebelum ini, isteri pernah luahkan hasrat nak buat (pembedahan bariatrik) dan saya tanya semula adakah dia sudah fikir betul-betul kerana saya tak sokong tapi tak halang. Namun isteri nekad dan saya akur malah menemaninya sepanjang di sana…,” katanya.

Prince Syed turut berkongsi bahawa isterinya dimasukkan ke hospital empat hari lalu akibat dehidrasi dan telah menjalani satu sesi dialisis, namun kini berada dalam keadaan stabil dan menunggu untuk dibenarkan pulang.

Dia juga menafikan dakwaan bahawa dia melarikan anak mereka, menjelaskan bahawa mereka sering singgah ke rumah mentua setiap kali pulang ke utara.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.