“Saya Tak Mahu Ambil, Bukan Hak Saya” – Pemungut Sampah Syukur Dapat Tawaran Kerja Lepas Pulangkan RM13K 

13 hours ago 8

Siapa sangka, kejujuran boleh mengubah hidup seseorang? Itulah kisah seorang pemungut sampah di Thailand yang telah menyentuh hati ramai.

Seorang lelaki bernama Boonkong ‘Namfon’ Manmueangpak, 28, tak sangka hidupnya berubah hanya kerana satu tindakan jujur.

Pada 13 Mac lalu, Namfon yang sedang mengayuh basikalnya ke Balai Polis Klang Yai terjumpa wang tunai 100,000 baht (lebih kurang RM13,219) di tepi jalan. Tanpa ragu-ragu, dia terus menyerahkan wang tersebut kepada polis.

Menurut Namfon, dia menemui wang itu berhampiran tiang elektrik ketika sedang mencari barang kitar semula. Selepas membuat laporan, polis membawanya ke tempat kejadian untuk lakonan semula.

Tak lama kemudian, seorang wanita bernama Piyanut Srithong, 41, muncul dan mendakwa wang itu miliknya.

Rupa-rupanya, Piyanut bekerja di sebuah kedai getah dan disuruh majikannya menggadai aksesori emas untuk mendapatkan wang tunai bagi membeli produk getah daripada penduduk tempatan.

Selepas melalui proses pengesahan, polis pun memulangkan wang itu kepadanya.

Artikel berkaitan: Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta, SPRM Sita Wang Tunai RM170 Juta & Jongkong Emas 16kg

Artikel berkaitan: Kecoh Beg Berisi Wang Tunai RM1 Juta Tiba-tiba Hilang Dalam Van, Rupanya

hm16jujur 1742102886NAMFON diberi ganjaran kerana kejujurannya mengembalikan wang tunai ditemuinya.

Sebagai tanda terima kasih, Piyanut memberikan ganjaran sebanyak 3,000 baht (lebih kurang RM397) kepada Namfon dan menawarkan untuk menghantarnya pulang.

Sebaik tiba di rumah Namfon, Piyanut tersentuh melihat keadaan hidupnya. Rumahnya hanyalah sebuah rumah kayu usang. Dia tinggal bersama neneknya dan mencari rezeki dengan mengutip barang kitar semula.

Setiap dua minggu, kilang kitar semula datang membeli barang yang dikumpulnya, dan hasilnya cuma sekitar 500 hingga 600 baht (RM66 ke RM79) sahaja.

Terharu dengan kejujuran Namfon dan keadaan hidupnya yang serba kekurangan, Piyanut berbincang dengan majikannya, Wilai Prapkhonchua. Tanpa berfikir panjang, Wilai menawarkan Namfon pekerjaan di premis mereka!

Menurut Wilai, “Orang jujur macam dia ni susah nak jumpa. Kalau orang lain, mungkin dah ambil duit tu dan belanja sampai habis. Tapi Namfon tak buat macam tu.”

Kisah Namfon yang enggan mengambil hak orang lain ini menjadi tular di Thailand dan ramai yang memuji kejujurannya.

“Saya cuma buat apa yang betul. Nenek saya dah ajar dari kecil, jangan ambil barang orang lain,” kata Namfon.

Kini, dia bersyukur kerana akhirnya mendapat pekerjaan yang lebih stabil untuk menyara diri dan menjaga neneknya dengan lebih baik. Memang betul kata orang, kejujuran itu rezeki!

Kredit: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |