Malam Sabtu lalu menjadi mimpi paling buruk buat Wan Fatihah Mat Hussin, 35, apabila suaminya, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, ditembak sebanyak 18 kali di depan matanya di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand.
Ketika kejadian sekitar jam 6.40 petang waktu tempatan, arwah sedang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mereka sebelum dua lelaki tidak dikenali datang dari arah belakang dan melepaskan tembakan bertubi-tubi.
“Saya hanya mampu menjerit dan berlari ke arahnya bila dia rebah. Saya peluk dia, tapi suspek masih terus menembak sampai peluru habis sebelum mereka beredar,” katanya, lapor Sinar Harian.
Wan Fatihah yang sedang hamil anak sulung hasil perkahwinan mereka berkata, suaminya cedera parah di bahagian leher, badan dan beberapa bahagian lain.
“Lepas bedah siasat, doktor sahkan ada 18 das tembakan semuanya,” ujarnya.
Wan Fatihah (dua dari kanan) tidak dapat menahan sebak ketika mengiringi jenazah suaminya, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra, Pasir Mas.Artikel berkaitan: Dipercayai Akibat Hutang, Warga Malaysia Ma*t Ditemb*k di Sungai Golok
Artikel berkaitan: Cuba Serang Anggota Maritim Punca 5 Lelaki Warga Asing Ditembak Di Morib
Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Golok pada jam 9 malam hari yang sama.
Ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Ahmad, 55, mendakwa, dua suspek terbabit dipercayai beradik dan mempunyai pertalian darah dengan Wan Fatihah.
“Setakat ini kami belum tahu sama ada mereka sudah ditangkap atau belum,” katanya.
Jenazah Mohd Fuad selamat dikebumikan pada jam 2.30 petang Ahad di tanah perkuburan kampung halamannya di Pasir Mas, disaksikan keluarga serta saudara-mara terdekat.
Menurut ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, 64, beliau menerima berita pemergian anaknya daripada menantu sendiri sekitar jam 9 malam.
Wan Fatihah kini akan menjalani tempoh idah di rumah ibu mentua dan menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka di situ.

17 hours ago
6






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















