“Saya hanya mahu terus bernafas” – Hidap 3 Jenis Kanser, Cikgu E Tetap Tabah Demi Keluarga Tercinta

14 hours ago 5

Walaupun hanya 30 peratus saluran pernafasan masih berfungsi, bekas guru Nassry Mardee Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu E tetap tabah berjuang melawan tiga jenis kanser iaitu buah pinggang, kelenjar dan paru-paru yang dikesan sejak Mac tahun lalu.

Kini berada dalam fasa kritikal, semangatnya tetap kuat kerana ingin terus hidup demi isteri dan lima anaknya.

Dahulu aktif bersukan dan seorang pelari maraton, Cikgu E kini terpaksa bergantung sepenuhnya pada bantuan oksigen selama 24 jam sehari.

Katanya, walaupun tubuh semakin lemah, semangatnya tidak pernah padam.

“Saya hanya mahu terus bernafas. Itu saja,” katanya.

Cikgu E Keadaan terkini Cikgu E yang disahkan menghidap tiga jenis kanser dan kini bergantung kepada bantuan oksigen.

Artikel berkaitan: Pernah Tular Bekas Maknyah Kini Berubah, Cikgu Ery Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Artikel berkaitan: Didakwa Pernah Alami Kemurungan, Ini Kronologi Kes Jasad Cikgu Wanita Ditemui Reput Di Rumah

Beliau memerlukan dana sekitar RM200,000 bagi meneruskan rawatan double immunotherapy yang dianggarkan mencecah lebih RM500,000.

Perlindungan takaful sedia ada hanya menampung sebahagian kecil daripada kos tersebut, menyebabkan keluarganya berusaha mencari inisiatif lain untuk menampung rawatan.

Lebih menyentuh hati, anak bongsunya yang berusia lapan tahun sanggup berhenti sekolah agama sesi pagi semata-mata untuk menjaga ayahnya di rumah.

Isterinya, Azlina Mohd. Ali, yang juga seorang guru, turut menggunakan kemudahan jaminan kerajaan (GL) bagi menampung kos ubat-ubatan di hospital kerajaan.

Walaupun keadaan kesihatan semakin merosot, Cikgu E tetap mengekalkan perwatakan ceria dan gemar bergurau dengan rakan-rakan yang datang menziarah. Katanya,

“Saya tak mahu kawan-kawan rasa sedih tengok saya. Biarlah mereka datang dengan senyuman, bukan air mata,” katanya.

Bagi yang ingin membantu meringankan beban rawatan Cikgu E, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank 558220621223 (Nassry Mardee Ismail).

Kredit: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |