Pempengaruh dan penulis, Farah Fakhira, sekali lagi meruntun hati orang ramai selepas berkongsi luahan pilu di laman Instagramnya berhubung pemergian suami tersayang, Zaidul Ariff, yang meninggal dunia secara mengejut baru-baru ini.
Dalam hantaran terbaharunya, Farah meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap arwah suami dan mengakui sukar melelapkan mata susulan pemergian suaminya.
Lebih memilukan, beliau menceritakan bahawa dia sempat membuka nota dalam telefon milik Allahyarham dan mendapati suaminya banyak menulis tentang dirinya.
“Dah dua hari tak boleh nak tidur, tapi petang semalam paksakan juga tutup mata kejap. Paksa juga makan nasi sebab kena ambil ubat. Tapi sampai sekarang tak boleh lelap langsung.
“Buka notes dalam hp Zaidul, rupanya dia banyak menulis untuk Fara. Tapi ayat dia selalu minta maaf, selalu nak bahagiakan Fara. Terima kasih untuk ayat-ayat yang buat Fara rasa abang selalu ada dengan Fara.
“Fara boleh face kan kali ni abang? Support Fara dari jauh ok,” katanya.
Tangkap layar hantaran Farah berkenaan arwah suaminya, baru-baru ini.Artikel berkaitan: “Berjalan dari 3 PM, makan sama-sama” – Pempengaruh Sarat Hamil Sebak Kongsi Detik Terakhir Sebelum Suami ‘Pergi’
Artikel berkaitan: Hajat Tak Kesampaian, Suami Meninggal Dunia Lepas Beli Nasi Ayam Untuk Isteri Sakit
Menurut Farah, nota yang ditinggalkan arwah sarat dengan kata maaf dan doa agar rumah tangga mereka kekal diberkati.
Antara yang menyentuh hati ialah pesanan terakhir suaminya:
“Tak ada benda lain yang saya minta. Cuma satu benda yang awak kena tahu, yang saya nak dalam hidup saya, saya hanya nak awak sentiasa ada dengan saya sampai bila-bila. Terima kasih atas rasa dan cinta yang sama dari awal kita kenal sampai hari ini.”
Sebelum ini, Farah memaklumkan bahawa suaminya meninggal dunia selepas rebah ketika bermain badminton.
Hantaran Farah di laman Instagramnya sebelum iniDiafahamkan, Farah dan arwah Zaidul berkahwin kira-kira empat tahun lalu dan baru sahaja menunaikan umrah bersama tidak lama sebelum kejadian.
Lebih menyayat hati, pemergian itu berlaku pada hari yang sama Farah menjalani imbasan kehamilan.
Semoga roh Allahyarham Zaidul Ariff dicucuri rahmat dan Farah Fakhira terus diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama zuriat yang bakal lahir.
Sumber: Instagram Farah Fakhira

1 day ago
7






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















