feature image 20

Semalam, tular di media sosial pertandingan WWC Championship Malaysia yang melibatkan dua orang kanak-kanak dalam perlawanan Mixed Martial Arts (MMA).

Difahamkan, dua orang kanak-kanak itu merupakan seorang peserta muda dari Malaysia dan seorang lagi dari Indonesia.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat tidak bersetuju dengan penglibatan dua orang kanak-kanak itu kerana mereka berpendapat ia boleh memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak yang menonton acara tersebut terutamanya dengan pelbagai kes keganasan yang melibatkan murid sekolah baru-baru ini.

sukan

Artikel berkaitan : “Mak dia nangis weh” – Johan Ghazali Hadiahkan Ibu Jam Tangan Mewah Buat Netizen Terharu

Artikel berkaitan : “Soalan tu trap” – Dakwa Silat Olahraga ‘Fight Tak Real’, Johan Ghazali Kecewa Kenyataan Disalah Erti

Selain itu, ada individu yang berpendapat bahawa ibu bapa sepatutnya menghantar anak-anak mereka untuk menyertai latihan boxing untuk kategori amatur terlebih dahulu sebelum menggalakkan anak-anak untuk menyertai pertandingan seumpama ini.

Dalam masa yang sama, atlet muda Muay Thai negara, Johan Ghazali juga turut menegur Yusuf Azmi yang terlibat dengan acara tersebut yang melibatkan kanak-kanak itu dengan meninggalkan komen pada hantaran di Instagram individu tersebut.

jojo ghazali

Rata-rata warganet juga dilihat bersetuju dengan teguran Jojo Ghazali itu.

Apa pula pendapat anda? 

Sumber: Threads, Instagram Harimaumalaya  

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.