ibu bapa mentua prince syed ditahan

Polis telah menahan empat individu termasuk ibu bapa mentua kepada pempengaruh dan usahawan Prince Syed bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang tular pada Ahad.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, penahanan kesemua suspek berusia 22 hingga 59 tahun dilakukan semalam susulan laporan diterima daripada pengadu berusia 33 tahun.

Katanya, berdasarkan laporan itu mendapati insiden berlaku kira-kira pukul 2.40 petang di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, Klang.

Artikel berkaitan: “Saya yang buat sendiri, Syed tak bagi buat” – Isteri Prince Syed Nafi Suami Paksa Buat Bariatrik

Artikel berkaitan: “Isteri yang enggan jumpa” – Prince Syed Buat 2 Laporan Polis Selepas Diserang Depan Rumah

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan.

“Susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan.

“Pegawai penyiasat kini sedang melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” tulis kenyataan itu.

Sebelum ini, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Klang selepas mendakwa diserang dan dipukul hingga cedera di tangan dan wajah oleh empat individu yang dikenalinya.

Dia mendakwa telah dipukul di kepala beberapa kali menggunakan topi keledar dan ditumbuk pada bahagian wajahnya.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.