ft pmw kak cik yah

Bagi korang yang kerap scroll TikTok, korang pasti sedar dengan populariti drastik yang dikecapi TikToker Kak Cik Yah hingga ramai yang memintanya untuk berkolaborasi dengan jenama Pak Mat Western.

Bagaimanapun, kerjasama mereka telah mengundang rasa kurang senang netizen kerana jenama itu dianggap terlalu kuat ‘menunggang’ populariti TikToker yang berusia seperti Kak Cik Yah.

Artikel berkaitan : “Feeling macam tok sendiri masak” – Akaun TikTok Kak Cik Yah Memasak Curi Tumpuan Netizen

Artikel berkaitan : “Aku nak jaga maruah ayah aku” -Pakcik Ini Disangkakan Culik Budak, Rupa-rupanya…

Menurut netizen di X, Kak Cik Yah kelihatan kepenatan ketika melakukan sesi live dan ini menyebabkan ramai netizen meminta Pak Mat Western untuk berhenti ‘menunggang’ populariti warga emas itu sebaliknya mencari mana-mana pempengaruh dan artis lain yang jauh lebih muda dan bertenaga.

Screenshot 2025 03 17 125451

Pak mat western should stop riding on other people’s fame especially kak cik yah. Old lady looks so exhausted on live the other day. Ko pergi la cari artis or influencer lain let that makcik lives peacefully.

— ALAN KENA SABAR (@IniAlalalannn) March 16, 2025

Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat pengguna akaun X ini dan ada juga yang mengatakan Pak Mat Western bertindak sebegitu atas saranan warganet juga.

PMW 3 PMW PMW 2

Apapun, kami harap Kak Cik Yah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.